Dua PM bertemu di VTL sempadan darat

SINGAPURA 29 Nov. – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi beliau sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.

Ketibaan beliau di Woodlands Checkpoint pada pukul 10.45 pagi disambut oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan darat.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor  Hasni Mohammad.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri, sebagai memenuhi undangan Lee.

Ia juga merupakan lawatan kedua Ismail Sabri ke negara jiran sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas.

Beliau sebelum ini melawat Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari bermula 9 November.

Related posts

Leave a Comment