DAP minta Amirudin jelaskan isu kerjasama

SEPANG 11 Ogos – Naib Presiden PKR, Amirudin Shari diminta menjelaskan kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh, berkata kenyataan Ahli Majlis Presiden PH itu serius kerana ia menyentuh soal hala tuju gabungan terbabit dan perlu dijelaskan segera bagi mengelak sebarang kekeliruan. Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata penjelasan itu penting sama ada pendirian seumpama itu sudah dibangkit dan diputuskan dalam Majlis Presiden PH. “Perkara ini serius kerana ia berkaitan dengan…

Read More

“Melayu saja boleh rompak, curi, sakau”

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Kenyataan sinis Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang menyentuh isu salah laku dan penyelewengan membabitkan orang Melayu Islam, mendapat teguran Timbalan Speaker Dewan Rakyat,  Ramli Mohd Nor. Mohd Sany menyentuh isu ras dan agama (Melayu dan Islam) pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Berlaku pertelagahan antara wakil rakyat yang mewakili Amanah itu dengan Ramli yang mempertahankan keputusannya supaya kenyataan itu ditarik balik. Ramli meminta Mohd Sany menarik balik kenyataan berkenaan secara keseluruhan atau berdepan arahan keluar…

Read More

Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau

KANGAR 11 Ogos – Selepas menilai keadaan semasa, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis, Megat Hashirat Hassan, mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Arau, berkuat kuasa semalam. Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Menteri Besar Perlis mengesahkan peletakan jawatan itu. Berdasarkan surat rasmi peletakan jawatan bertarikh 10 Ogos yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, Megat Hashirat memaklumkan keputusan untuk berundur adalah langkah paling wajar. “Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan semasa parti dan melalui pertimbangan yang sewajarnya.…

Read More

Anwar bidas sikap pembangkang

KUALA LUMPUR 11 Ogos – “Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji?” Begitulah reaksi Anwar Ibrahim apabila anggota pembangkang khususnya Pas dan Wawasan keluar dari Dewan Rakyat ketika Mesyuarat Khas mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Perdana Menteri membidas tindakan pembangkang yang didakwa masih mahu ‘bermain drama politik’ susulan keputusan mereka meninggalkan Dewan Rakyat. Menerusi kenyataan di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, tindakan berkenaan dilakukan pembangkang kerana tidak mahu menyertai perbahasan selepas beliau tidak dapat menghadiri sidang khas berkenaan. Beliau turut…

Read More

Sidang khas RCI TH hanya penerangan menteri

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Majoriti Ahli Parlimen Pas dan Wawasan bertindak keluar dewan ketika Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dijalankan kerana kesal sesi itu telah ‘diturunkan’ tarafnya. Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN),  Takiyuddin Hassan berkata, sebelum ini mereka menjangkakan RCI itu akan dibentangkan untuk dibahaskan Ahli Parlimen sebelum satu ketetapan atau keputusan dibuat. Bagaimanapun, mereka kemudian dimaklumkan pihak kerajaan bahawa laporan berkenaan hanya berstatus penerangan menteri atau ‘ministerial briefing’. “Pada anggapan semua orang, laporan ini perlu dibahaskan oleh Ahli Parlimen, seterusnya…

Read More

Wakil Pas, Wawasan tinggalkan mesyuarat

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Wakil rakyat pembangkang memutuskan tidak menyertai sidang khas bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat pagi ini. Keputusan wakil rakyat pembangkang itu dibuat selepas usul mereka untuk menangguhkan sidang khas berkenaan ditolak Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul. Pemakluman untuk tidak menyertai itu sidang khas itu dibuat Ketua Whip Perikatan Nasional (PN)  Takiyuddin Hasan, dan dipersetujui oleh Johari. Susulan itu, Ahli-ahli Parlimen PN bangkit dari tempat duduk masing-masing secara bersama untuk mula beredar keluar dari dewan. Bagaimanapun kumpulan pembangkang terdiri…

Read More

Kekosongan kerusi Subang diserah pada SPR

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengesahkan sudah mengemukakan kekosongan kerusi Parlimen Subang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan peletakan jawatan dikemukakan penyandangnya, Wong Chen, semalam. Perkara itu dimaklumkan pada Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini di Dewan Rakyat. “Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat bagi kawasan Subang, Wong Chen telah menghantar surat untuk melepaskan keahlian beliau berkuat kuasa semalam sebagai ahli Dewan Rakyat kepada saya. “Saya telah maklumkan kepada SPR mengenai…

Read More

Trump tuntut Iran bayar pampasan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat kejutan dengan menuntut Iran membayar pampasan kepada individu yang didakwanya terbunuh dalam peperangan, serangan dan tunjuk perasaan. Cadangan Trump itu adalah sebagai tindak balas terhadap tuntutan Tehran supaya pampasan dibayar serta sekatan terhadapnya ditamatkan selaras dengan terma perjanjian damai awal yang ditandatangani pada Jun, namun gagal dilaksanakan. Sejak perang bermula pada Februari, Trump berulang kali berubah pendirian antara mengancam peningkatan konflik dan mendakwa perjanjian damai semakin hampir dicapai. “Saya melihat wakil Republik Islam Iran meminta pampasan atas kerosakan yang dialami mereka…

Read More

Jumlah penduduk Indonesia 290.13 juta

JAKARTA – Jumlah penduduk Indonesia kini mencecah 290.13 juta orang, meningkat kira-kira 1.81 juta berbanding 288.32 juta pada penghujung 2025, dengan hampir tujuh daripada setiap 10 penduduk berada dalam lingkungan usia produktif. Angka tersebut berdasarkan Data Kependudukan Bersih (DKB) bagi Semester Pertama 2026 yang dikeluarkan Direktorat Jeneral Kependudukan dan Pencatatan Sivil (Dukcapil) Kementerian Dalam Negeri Indonesia. Menurut Ketua Pengarah Kependudukan dan Pencatatan Sivil, Teguh Setyabudi, pertambahan itu mencerminkan peningkatan semula jadi penduduk hasil jumlah kelahiran yang melebihi kematian, selain penyesuaian data selepas proses pembersihan dan penyatuan rekod biometrik. “Dalam setiap…

Read More