KUALA LUMPUR 2 Mei – Penjualan dan pengedaran vape perlu dilihat sebagai cabaran keselamatan negara kerana ia membuka ruang kepada pengaruh industri dadah dalam masyarakat arus perdana. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berkata, vape bukan isu gaya hidup, dan bukan sekadar perniagaan biasa, sebaliknya wajah baharu industri tembakau yang menjadi ancaman serius kepada kesihatan awam dan keselamatan. Justeru, FOMCA dalam kenyataannya menggesa kerajaan mengambil langkah tegas, termasuk mengharamkan penjualan vape serta menguatkuasakan kawalan bahan di bawah undang-undang farmasi dan narkotik. FOMCA juga meminta semua pihak kerajaan, media, masyarakat sivil dan…
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
Kumpulan pertama jemaah haji Andalusia ke Madinah
SEPANG 2 Mei – Awal pagi ini, seramai 351 jemaah haji kumpulan pertama yang dikendalikan Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji musim ini. Penerbangan menerusi pesawat Saudia Airlines itu terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah. Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah hadir di Kompleks Tabung Haji (TH) Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA bagi mengucapkan selamat berangkat kepada jemaah kendalian pihaknya. Hadir sama Pengarah Pemasaran Digital Andalusia, Izzati Ibrahim. Andalusia adalah salah satu syarikat Pengendali…
Read MoreBerita pilihan…
Lebih 1.4 juta pulang ke Syria
LONDON – Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) melaporkan lebih 1.4 juta rakyat Syria pulang ke negara mereka sejak kejatuhan rejim Bashar Assad pada Disember lalu. Menerusi satu hantaran di platform X, UNHCR menyatakan bagi rakyat Syria yang kembali ke kediaman mereka berkata, ‘harapan itu nyata, tetapi usaha membina semula tidak mudah’. Sebahagian daripada mereka yang pulang telah menjadi pelarian sejak perang saudara tercetus di negara itu pada 2011. Justeru agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut merayu sokongan antarabangsa bagi membantu keluarga Syria memulakan kehidupan baharu. “Mereka memerlukan sokongan…
Read MoreIsrael ulangi ikrar hapuskan Hamas
GAZA – Israel berikrar akan meneruskan serangan sehingga Hamas dihapuskan serta kesemua baki 58 tebusan Israel yang diculik pada 7 Oktober 2023 dibebaskan dan sekatan bekalan sejak lebih dua bulan diteruskan hingga tuntutan dipenuhi. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata walaupun misi ketenteraan adalah untuk membawa pulang semua tebusan dari Gaza, matlamat utama negara itu ialah mencapai kemenangan terhadap Hamas. Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu, Pegawai Pertahanan Awam Gaza, Mohammed al-Mughayyir, berkata, korban pada Khamis termasuk lapan individu yang terbunuh dalam…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 02.05.2025
Dulu kalah, kini menang
KUALA LUMPUR 1 Mei – Pengundian semula pemilihan PKR melibatkan Cabang Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan dan Pasir Salak di Perak menyaksikan perubahan keputusan berbanding sebelumnya. Bagi Ketua Cabang Selayang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dipilih selain Manivanan Gowin yang juga Setiausaha Politik Pejabat Presiden PKR menang di Jempol dan Hisamuddin Ali pula di Pasir Salak. Berdasarkan pengumuman di laman sesawang Pemilihan 2025 PKR, Wei Kiat menang jawatan Ketua Cabang Selayang dengan 1,945 undi, mengatasi Wan Ibnul Bahar Wan Ismail dengan 1,693 undi. Seorang…
Read MoreTiada perbincangan agihan kerusi PKR-UMNO
KOTA KINABALU 1 Mei – PKR Sabah mempersoalkan tindakan pemimpin UMNO negeri itu mengumumkan agihan kerusi di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) walaupun belum ada rundingan berhubung perkara itu. Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin, berkata walaupun ada pertemuan tidak rasmi BN-PH berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), tiada perbincangan mengenai agihan kerusi. “Di peringkat Keadilan Sabah, pertemuan tidak rasmi (BN-PH) telah dibuat namun tidak ada sebarang perbincangan dibuat setakat ini di antara PH dan BN mengenai bilangan agihan kerusi. PH belum bertemu secara rasmi sama ada…
Read MoreBerita pilihan…
Sokongan Raja Charles kepada pesakit kanser
LONDON – Raja Charles menekankan kepentingan sokongan komuniti kepada pesakit kanser, termasuk peranan jururawat pakar, sukarelawan hospis, dan kumpulan sokongan yang memberikan harapan serta bantuan kepada mereka yang berdepan dengan penyakit ini. Dalam satu majlis khas di Istana Buckingham, Raja Charles menyampaikan mesej penuh empati kepada pesakit kanser di seluruh dunia, dengan menggambarkan pengalaman menghadapi penyakit itu sebagai sesuatu yang “mencabar dan kadangkala menakutkan” bagi pesakit serta keluarga mereka. Raja Charles berkongsi pengalaman hidup menghidap kanser telah menunjukkan kepada baginda bahawa “saat-saat paling gelap ketika menghidap penyakit boleh diterangi oleh…
Read More