KUALA LUMPUR 3 Mei – Pemuda Pas Malaysia akan menganjurkan satu himpunan aman besar-besaran pada 14 Jun ini di Lembah Klang bagi membantah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA). Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, menjelang tarikh itu, rakyat Malaysia termasuk anak muda diharap dapat membuat persediaan dan mengadakan himpunan yang kecil ataupun program penerangan “Kami menyeru semua pihak NGO mahasiswa anak muda, orang perseorangan, mana-mana badan untuk terus bersama-sama menyatakan pendirian tegas menolak rang undang-undang ini demi menjamin keadilan perbandaran dan melindungi masa depan komuniti…
Read MoreAuthor: Hassan Mohd. Noor
“Bebas, Bukan Tunduk”
(Perutusan Hari Kebebasan Media 2025 – Gerakan Media Merdeka (GERAMM) PADA 3 Mei setiap tahun, dunia memperingati Hari Kebebasan Media — bukan sekadar untuk menyambut apa yang telah dicapai, tetapi juga untuk mengingatkan apa yang masih belum dimenangi. Di Malaysia, sambutan ini bukan satu kelaziman yang gemilang, tetapi satu peringatan getir tentang pertarungan berpanjangan untuk kebebasan yang hakiki. Tahun ini, Malaysia mencatat sedikit peningkatan dalam Indeks Kebebasan Media oleh Reporters Without Borders (RSF), namun angka bukan segalanya. Kita masih terperangkap dalam jerat undang-undang yang mengekang, struktur industri yang goyah, dan…
Read MoreBerita pilihan…
2.75 juta pilih pemerintah Singapura
SINGAPURA 3 Mei – Lebih 2.75 juta pengundi akan menentukan sama ada Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah akan sekali lagi memperoleh majoriti besar, atau jika parti pembangkang berjaya mencatat kejayaan lebih besar tahun ini. Sebanyak 11 parti politik dan dua calon Bebas bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU2025) Singapura akan mengetahui nasib mereka pada malam ini, selepas sembilan hari kempen. Pada PRU2020, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan memperoleh 61.2 peratus undi keseluruhan, berbanding PRU2015 yang menyaksikan parti itu meraih 83 daripada 89 kerusi dengan 69.9 peratus undi.…
Read More211 wartawan terbunuh di Gaza
ANKARA – Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) di Wilayah Palestin yang Diduduki mengesahkan, 211 wartawan termasuk 28 wartawan wanita telah terkorban di Gaza sejak 7 Oktober 2023. Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pula melaporkan, sekurang-kurangnya 47 wartawan maut semasa bertugas. Kenyataan sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada Jumaat juga memetik laporan pihak berkuasa Palestin bahawa 49 wartawan kini ditahan di pusat tahanan Israel setakat Selasa. Ves akhbar kini bukan lagi pelindung, tetapi menjadi sasaran,” kata seorang wartawan kepada OHCHR. Beliau turut menegaskan bahawa…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu03.05.2025
Johan tilawah, qari Perak, qariah Terengganu
KANGAR 2 Mei – Qari dari Perak Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan sekali lagi dipilih sebagai johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan (MTQHK) 2025/1446 yang berlangsung di Dewan Wawasan 2020 di sini. Beliau sebelum ini, muncul johan peringkat negeri pada tahun 2022 dan peringkat kebangsaan pada tahun sama seterusnya sebagai naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke 62. Sementara itu, johan qariah pula disandang oleh Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi yang mewakili Terengganu. Dengan kemenangan itu, Aiman Ridhwan dan Wan Sofea Aini masing-masing membawa pulang wang tunai…
Read MoreUPKO mahu kekal DUN Kadamaian
KOTA KINABALU 2 Mei – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mempertahankan kerusi tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, selain mahu menambah beberapa lagi kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Presidennya, Ewon Benedick, berkata sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH), UPKO sudah pasti akan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu dengan wawasan untuk memenangi lebih banyak kerusi yang diwakilinya. “UPKO sebagai parti komponen PH Sabah sudah tentu akan mengambil bahagian dengan wawasan untuk menang kerusi tambahan selain mempertahan kerusi DUN Kadamaian. “Sementara perundingan dalaman PH Sabah dan perbincangan tidak…
Read MoreAPM nafi keluarkan amaran suhu ekstrem
SEPANG 2 Mei – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung ramalan suhu ekstrem antara 45 hingga 55 darjah Celsius yang bakal melanda negara, seperti tular sejak semalam. Dalam satu kenyataan, APMM, menegaskan, ramalan itu adalah berita palsu yang kini tular di aplikasi WhatsApp dan beberapa media sosial lain. “APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini, yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu. Sehubungan itu, APM menasihatkan kepada semua masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang…
Read MorePetronas terima notis Kerajaan Sarawak
KUALA LUMPUR 2 Mei – Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mengesahkan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) telah menerima notis daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada 30 April lalu berhubung pemprosesan dan pengedaran gas. Petronas menjelaskan, PCSB diberi kuasa mengikut undang-undang di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 untuk menjalankan aktiviti syarikat dan mematuhi semua undang-undang yang terpakai dalam berbuat demikian. Menurut Petronas, walaupun menghormati aspirasi Negeri Sarawak, syarikat juga mempunyai kewajipan untuk menegakkan PDA 1974 itu dan menjaga kepentingan negara. “Petronas akan terus terbabit secara konstruktif…
Read More