GAZA – Israel berikrar akan meneruskan serangan sehingga Hamas dihapuskan serta kesemua baki 58 tebusan Israel yang diculik pada 7 Oktober 2023 dibebaskan dan sekatan bekalan sejak lebih dua bulan diteruskan hingga tuntutan dipenuhi.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata walaupun misi ketenteraan adalah untuk membawa pulang semua tebusan dari Gaza, matlamat utama negara itu ialah mencapai kemenangan terhadap Hamas.
Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu,
Pegawai Pertahanan Awam Gaza, Mohammed al-Mughayyir, berkata, korban pada Khamis termasuk lapan individu yang terbunuh dalam serangan udara ke atas kediaman keluarga Abu Sahlul di kem pelarian Khan Younis, selatan Gaza.
Empat lagi maut dalam serangan udara di timur kawasan Shaaf, di kejiranan Al-Tuffah, Bandar Gaza.
Sekurang-kurangnya 17 lagi terbunuh dalam beberapa serangan lain di seluruh wilayah Palestin itu, termasuk satu serangan terhadap khemah menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal berhampiran bandar tengah Deir el-Balah.
Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 2,326 orang terbunuh sejak Israel menyambung semula serangan, meningkatkan jumlah keseluruhan korban sejak perang 52,418 orang.
Kumpulan pejuang Hamas turut menculik 251 individu, dengan 58 daripadanya masih ditahan di Gaza termasuk 34 yang disahkan maut oleh tentera Israel.
Nnnn