APM nafi keluarkan amaran suhu ekstrem

SEPANG 2 Mei – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung ramalan suhu ekstrem antara 45 hingga 55 darjah Celsius yang bakal melanda negara, seperti tular sejak semalam.

Dalam satu kenyataan, APMM, menegaskan, ramalan itu adalah berita palsu yang kini tular di aplikasi WhatsApp dan beberapa media sosial lain.

“APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini, yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, APM menasihatkan kepada semua masyarakat tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya.

Perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan lain-lain agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendapatkan informasi yang sahih dan terkini mengenai keadaan cuaca dan amaran cuaca.

Berita palsu yang tular itu memaklumkan, mulai 29 April hingga 12 Mei dari pukul 10 pagi hingga 3 petang, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berada di luar rumah (di bawah cahaya matahari secara langsung) kerana METMalaysia mengeluarkan amaran bahawa suhu akan meningkat antara 45 darjah Celsius hingga 55 darjah Celsius.

Beberapa panduan juga disertakan sebagai persediaan bagi menghadapi suhu ekstrem itu

Related posts

Leave a Comment