“Saya masih ada masa”

RANTAU PANJANG 4 Mei  – “Tunggulah, saya akan umumkan nanti… masih ada masa,” kata Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail, berhubung pendiriannya sama ada bertanding atau tidak jawatan No.2 PKR. Menteri Dalam Negeri itu akan mengumumkan pada saat akhir berikutan masih mempunyai masa selepas tempoh pencalonan untuk Pemilihan PKR 2025 dianjakkan ke minggu depan. Saifuddin Nasution juga memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, selain berjumpa Presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Saya masih ada masa untuk istikharah. Sebelum ini, saya sudah mengadakan perbincangan selama empat…

Read More

Saringan penyakit paru-paru kaedah AI

PUTRAJAYA 4 Mei – Sebanyak tujuh fasiliti kesihatan dikenal pasti bagi pelaksanaan transformasi kaedah saringan dan diagnostik penyakit paru-paru menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di bawah Inisiatif Kesihatan Paru-Paru 2025–2030. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata fasiliti berkenaan adalah Klinik Kesihatan (KK) Seberang Perai, Pulau Pinang; KK Kok Lanas, Kelantan; KK Beserah, Pahang; KK Luyang, Sabah; KK Kajang dan KK Batu 9 Cheras, Selangor dan KK Pendang, Kedah. Dr Dzulkefly Ahmad, berkata inisiatif itu adalah langkah komprehensif KKM dalam memperkukuh aspek pencegahan, saringan, rawatan serta kawalan penyakit berkaitan paru-paru.…

Read More

Tidak mungkin MCA bubar, sertai DAP

SEPANG 4 Mei – MCA dan DAP bagaikan minyak dan air yang tidak memungkinkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dibubarkan seterusnya menyertai DAP seperti yang disarankan oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin. Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata, MCA parti moderat yang mengamalkan kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian, bukannya ekstrem yang tergamak menggunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan. “Kami tak sanggup nak gelar penyatuan ummah menerusi kerjasama UMNO Pas sebagai ‘isyarat perang ke atas bukan Islam atau bukan Melayu’, mahupun menyifatkan ia sebagai ‘negara Taliban’. Kami tak sanggup…

Read More

PAP menang besar, kekal perintah Singapura

SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal memerintah selepas parti pimpinan Perdana Menteri, Lawrence Wong, sekali mendapat mandat kukuh dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2025. Pasukan empat anggota yang dipimpin Wong, berjaya mempertahankan GRC Marsiling-Yew Tee, dengan meraih 80,890 undi (73.46 peratus) berbanding pencabar, Parti Demokratik Singapura (SDP) yang meraih 29,220 undi. PAP yang menghadapi pilihan raya pertama di bawah kepemimpinan Wong sebagai Setiausaha Agung menang besar dengan menerima undi sah sebanyak 65.57 peratus kira-kira 4 mata peratusan lebih tinggi daripada 61.24 peratus pada…

Read More

Sekat 1.3 juta kandungan perjudian

JAKARTA 4 Mei – Lebih 1.3 juta kandungan berkaitan perjudian dalam talian, termasuk 1.19 juta laman web perjudian dan 127,000 hantaran media sosial disekat dalam tempoh enam bulan sejak 20 Oktober 2024 hingga 23 April lalu. Langkah Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia dengan kerjasama Lembaga Audit Indonesia (BPK) itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan pengawasan dan menguatkuasakan undang-undang digital. Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid dalam satu kenyataan hari ini berkata, angka-angka ini mencerminkan ancaman sebenar dalam ruang digital yang mengganggu keselamatan negara dan ketenteraman awam. Katanya, adalah…

Read More

Bersatu bukan bekas UMNO, tak perlu bubar

JEMPOL 3 Mei  – “Kenapa UMNO saja tidak dibubarkan dan masuk Bersatu?,” Itu pertanyaan  Muhyiddin Yassin ketika semasa mengulas saranan veteran UMNO supaya Bersatu dibubarkan. Presiden Bersatu itu menegaskan tiada keperluan untuk membubarkan parti itu dan menyertai UMNO seperti yang dicadangkan oleh Setiausaha Veteran UMNO, Mustapha Yaakub kelmarin. Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram Padang di sini hari ini, Muhyiddin.berkata, Bersatu bukanlah bekas UMNO yang perlu dibubarkan dan anggotanya menyertai UMNO. ” Kenapa minta bubarkan Bersatu, kita (Bersatu) bukan ex-UMNO, seolah-olah bekas UMNO…malah…

Read More

Pas tidak cemburu hubungan UMNO- DAP

SEPANG 3 Mei – Pas tidak pernah cemburu kepada mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP, malah parti itu tidak menyimpan dendam seperti dakwaan Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin. Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, berkata kenyataan Mohamed Khaled yang menyamakan Pas tidak mampu “move on” dan cemburu terhadap hubungan UMNO-DAP, adalah dangkal dan melupakah sejarah perjuangan Islam Pas yang konsisten. “Politik bukan medan menghalalkan apa sahaja demi kuasa. Politik ialah medan untuk mempertahankan prinsip — sesuatu yang Pas tidak pernah kompromi, walau bagaimana getir sekalipun ujian politik yang mendatang,” katanya.…

Read More

PN perlu berubah hadapi strategi PM

SEPANG 3 Mei – Dewan Pemuda Pas menyifatkan pandangan keperluan rombakan atau penambahbaikan dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sesuatu yang harus dipandang serius oleh semua pimpinan dan akar umbi dalam gabungan ini. Ketua Penerangannya, Nadzir Helmi berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man itu sebagai satu wake-up call yang tepat pada waktunya, ketika PN bukan lagi dalam fasa merintis. “Perubahan ini bukan retorik. Ia satu tuntutan masa. Jika kita tidak berubah, maka kita akan diubah oleh rakyat.,” katanya. Beliau berkata, Tuan Ibrahim bukan sekadar bercakap atas kapasiti seorang…

Read More