Author: Hassan Mohd. Noor
80 maut ketika gesaan hentikan serangan
GAZA – Ketika Sidang Kemuncak Gabungan Negara Teluk (GCC)-Amerika Syarikat (AS) menggesa serangan ke atas Semenanjung Gaza dihentikan, sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel semalam. Israel dilaporkan memperhebatkan lagi pengeboman di Gaza ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Asia Barat, sekali gus melenyapkan sebarang harapan mengenai gencatan senjata. Petugas perubatan berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, maut dalam serangan udara bertubi-tubi oleh Israel ke atas kawasan perumahan di Jabalia, utara Gaza. Tentera Israel (IDF) semalam, turut mengeluarkan arahan pemindahan baharu kepada penduduk…
Read MoreGCC gesa henti serang Gaza
RIYADH – Sidang Kemuncak Gabungan Negara Teluk (GCC)-Amerika Syarikat (AS) yang dihadiri Presiden Donald Trump menggesa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan selain menyatakan sokongan kepada Syria. Sidang Kemuncak GCC-AS itu diadakan semasa lawatan serantau Trump ketika ini, lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Januari lepas. Dalam ucapannya pada sidang berkenaan, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menyifatkan hubungan dengan Washington sebagai ‘strategik’. “Kami bekerjasama dengan AS untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin,” titah baginda. Tentera…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 15.05.2025
Ingatan Lembaga Disiplin PKR
SEPANG 14 Mei – Lembaga Disiplin PKR mengingatkan semua calon dan penyokong pada Pemilihan PKR 2025 supaya menjaga integriti, perpaduan dan imej parti sepanjang peringkat terakhir kempen pemilihan parti. Pengerusinya Dr Tan Yee Kew, berkata calon juga hendaklah menghentikan serangan peribadi termasuk tidak membuat tuduhan tidak berasas sebaliknya perlu memfokuskan kempen kepada perbahasan dasar dan idea. Dalam kenyataannya, beliau berkata, perbuatan menjurus serangan peribadi, perbalahan terbuka serta mengeluarkan kenyataan awam yang menghina terhadap anggota parti adalah tidak wajar, tidak boleh diterima dan hanya akan menggugat perpaduan parti. “Sebarang dakwaan terhadap…
Read MoreManfaatkan rakan strategik
KUALA LLUMPUR14 Mei – Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan menggesa agensi pelancongan berkaitan umrah supaya terus kreatif bagi menawarkan perkhidmatan kepada bakal jemaah. Katanya, seiring dengan arus pemodenan teknologi dan digital, setiap agensi diharap dapat berlumba-lumba untuk menawarkan pakej yang lebih telus, berpatutan dan berintegriti demi menjaga kepercayaan jemaah. Justeru, beliau menyambut baik Program Bangkit Usahawan Umrah siri ke-2 anjuran Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd (Andalusia) dengan kerjasama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan MOTAC. Program itu berjaya merekodkan kehadiran seramai…
Read MorePemandu lori direman empat hari
TELUK INTAN 14 Mei – Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam di sini, semalam direman empat hari mulai hari ini. Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin. Naidatul Athirah membenarkan perintah reman empat hari bermula hari ini hingga Sabtu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu…
Read MoreBerita muka satu…tragedi berulang
Penghormatan terakhir buat 9 anggota FRU
IPOH 14 Mei – Sembilan jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan, diberi istiadat penghormatan terakhir di pekarangan Surau Al Mustaqim, Markas FRU Sungai Senam, di sini awal pagi ini. Solat jenazah disempurnakan ke atas tujuh anggota beragama Islam buat kali kedua selepas sesi solat jenazah di Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. Solat jenazah kali kedua di Surau Al Mustaqim, disempurnakan bagi Allahyarham Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Konstabel Akmal…
Read More