Penghormatan terakhir buat 9 anggota FRU

IPOH 14 Mei – Sembilan jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan, diberi istiadat penghormatan terakhir di pekarangan Surau Al Mustaqim, Markas FRU Sungai Senam, di sini awal pagi ini.

Solat jenazah disempurnakan ke atas tujuh anggota beragama Islam buat kali kedua selepas sesi solat jenazah di Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Solat jenazah kali kedua di Surau Al Mustaqim, disempurnakan bagi Allahyarham Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.

Selain itu, Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; dan Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33.

Solat jenazah kali kedua di Surau Al Mustaqim, disempurnakan bagi Allahyarham Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38; Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.

Selain itu, Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; dan Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33.

Solat jenazah selesai pada pukul 3.30 pagi oleh lebih 500 jemaah termasuk anggota polis dan ahli keluarga.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah yang mewakili Menteri Besar.

Jenazah kemudian dibawa ke lokasi pengebumian masing-masing mulai pukul 4.12 pagi.

Terdahulu, sembilan jenazah itu termasuk anggota bukan Islam iaitu mendiang Sarjan S Perumal, 44; dan Koperal Nurit Pandak, 34, tiba di perkarangan Surau Al-Mustaqim pada pukul 3.15 pagi selepas selesai proses pengurusan di Surau Ar-Rahman pukul 1 pagi.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif selamat dikebumikan dengan istiadat kepolisan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang di sini pada pukul 4.50 pagi ini.

Pengebumian anggota FRU berusia 33 tahun itu dihadiri Noor Hisam dan kira-kira 100 orang ahli keluarga serta sahabat handai.

Jenazah wira negara itu dikebumikan mengikut istiadat pengebumian kepahlawanan dengan Noor Hisam menyerahkan Jalur Gemilang kepada ibu Allahyarham, Suriati Omar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment