Sultan Ibrahim terima menghadap sahabat lama

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, yang juga sahabat lama Seri Paduka Baginda, di Istana Negara, di sini hari ini.

Menurut hantaran melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, persahabatan Seri Paduka Baginda bersama Prabowo menjangkau lebih 40 tahun ketika latihan ketenteraan bersama di Fort Bragg, Amerika Syarikat.

Dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Sultan Ibrahim dan Prabowo bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serantau dan antarabangsa.

Prabowo juga bakal mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Indonesia daripada Presiden Joko Widodo pada Oktober ini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment