KLUANG 7 Sept. – Selepas kejayaan calon dari Pergerakan Pemuda UMNO di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Barisan Nasional (BN) sekali kagi menurunkan wakil sayap UMNO sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September ini.
Kali ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah, 40 diumumkan sebagai calon yang akan menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi DUN Mahkota itu.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi semasa Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Command Centre BN di Taman Sri Kluang pada petang ini.
Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepemimpinan sayap BN dan Pakatan Harapan (PH).
Turut hadir Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Sebelum ini pada PRK DUN Nenggiri, calon BN Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang yang mesra dengan panggilan Awie menang dengan majoriti 3,352 undi, membolehkan parti itu merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang oleh Mohd Azizi Abu Naim dari Bersatu.
Nnn
