KUALA LUMPUR 7 Sept. – Malaysia dan Indonesia masing-masing bertekad untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala di antara kedua-dua negara, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto,turut menegakkan tekad untuk mengukuh dan menjamin jalinan kerjasama serantau ASEAN. Komitmen itu dinyatakan Anwar susulan pertemuan beliau bersama Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto petang tadi. “Ketemu sahabat karib saya, Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo Subianto, petang tadi. “Kami menyentuh beberapa perkara yang melibatkan kepentingan bersama, yang paling penting adalah tekad kami untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala di…
Read MoreDay: September 7, 2024
Ikrar calon BN teruskan legasi Sharifah Azizah
KLUANG – Syed Hussien Syed Abdullah berikrar meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain sekiranya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 28 September ini. Ketua Pemuda UMNO Kluang itu berkata, Allahyarham meninggalkan banyak jasa di DUN Mahkota dan sebagai orang parti, beliau akan meneruskan apa sahaja yang dibuat Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) PRK DUN Mahkota oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini, hari…
Read MoreSultan Ibrahim terima menghadap sahabat lama
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, yang juga sahabat lama Seri Paduka Baginda, di Istana Negara, di sini hari ini. Menurut hantaran melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, persahabatan Seri Paduka Baginda bersama Prabowo menjangkau lebih 40 tahun ketika latihan ketenteraan bersama di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Sultan Ibrahim dan Prabowo bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa serantau dan antarabangsa. Prabowo juga bakal mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Indonesia daripada Presiden…
Read MoreKetua Pemuda UMNO Kluang calon BN PRK Mahkota
KLUANG 7 Sept. – Selepas kejayaan calon dari Pergerakan Pemuda UMNO di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Barisan Nasional (BN) sekali kagi menurunkan wakil sayap UMNO sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada 28 September ini. Kali ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah, 40 diumumkan sebagai calon yang akan menggalas tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi DUN Mahkota itu. Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi semasa Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Command Centre BN…
Read MorePemuda UMNO minta ‘nyonya tua’ diam
SEPANG 7 Sept. – Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang dilabel sebagai nyonya tua supaya tidak bercakap dan lebih baik diam jika tidak tahu tentang agama Islam. Beliau membuat peringatan itu susulan kenyataan Teresa yang mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makan hanya menambah beban kepada peniaga dan memalukan negara. Dr Muhamad Akmal menerusi Facebooknya berkata, yang memalukan negara adalah apabila ada ahli Parlimen seperti Teresa yang tidak habis-habis mengganggu gugat keharmonian negara. “Kalau kamu tak tahu…
Read MorePN tentukan Isnin ini MoU peruntukan
KOTA BHARU 7 Sept. – Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak syarat draf Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan yang akab diberi kerajaan. Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata perbincangan dan keputusan akan dilakukan Isnin ini dalam mesyuarat bersama semua Ahli Parlimen PN. “Kita tunggu perbincangan Isnin ini? Kita harap mesyuarat berkenaan akan memperoleh keputusan yang baik,” katanya selepas program penyampaian hadiah Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini, hari ini. PN sebelum ini mendedahkan tujuh syarat yang didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan untuk dipenuhi ahli Parlimen…
Read MoreDakwaan Naib Pengerusi DAP tidak berasas
SEPANG 7 Sept. – Dakwaan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, bahawa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban kepada peniaga adalah kenyataan yang tidak berasas. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) juga menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu yang kononnya perolehan sijil halal boleh mengundang ejekan terhadap negara sedangkan realitinya pasaran halal dunia mencecah trilion dolar. Presiden DPMM, Norsyahrin Hamidon, berkata sijil halal bukan semata-mata mengenai status makanan untuk umat Islam, sebaliknya ia merangkumi jaminan terhadap aspek keselamatan dan kebersihan produk itu sendiri. Katanya,…
Read MoreBerita pilihan…
Mpox: WHO, CDC lancar pelan bersama
NAIROBI – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan pelan untuk meningkatkan tindak balas terhadap wabak Mpox yang sedang melanda Afrika. Inisiatif itu yang diumumkan di Kinshasa, Republik Demokratik Congo memberi tumpuan kepada peningkatan pemantauan, diagnostik makmal dan usaha vaksinasi untuk membendung penyebaran penyakit. Pelan Kesediaan dan Tindak Balas Strategik Mpox, itu menekankan kerjasama antara negara-negara Afrika untuk memastikan semua negara dilengkapi secukupnya bagi menangani kemungkinan wabak. Dengan belanjawan sebanyak AS$600 juta (RM2.6 bilion), pelan ini memfokuskan kepada tindak balas dan kesiapsiagaan di…
Read MoreWarga Pakistan didakwa rancang serang New York
WASHINGTON: Seorang warga Pakistan yang tinggal di Kanada ditangkap dan didakwa merancang serangan di New York City bagi menyokong Kumpulan Daesh pada 7 Oktober depan, sempena setahun serangan Hamas di Israel. Menurut Jabatan Kehakiman., Muhammad Shahzeb Khan, 20, dituduh merancang serangan tembakan besar-besaran di pusat masyarakat Yahudi di Brooklyn pada 7 Oktober depan, sempena setahun serangan Hamas di Israel. Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Merrick Garland, berkata Khan yang juga dikenali sebagai Shahzeb Jadoon, dituduh untuk membunuh “seramai mungkin orang Yahudi.” Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman tidak dapat mengesahkan sama ada Khan…
Read More