Covid-19: Kes tempatan 201, import 5

PUTRAJAYA 1 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam, 28 Februari merekodkan peningkatan dengan 206 kes termasuk lima kes import berbanding 190 kes termasuk dua kes import kelmarin.

Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,042,791 yang meliputi 5,004,106 kes tempatan dan 38,685.

Satu kematian juga direkodkan di Selangor semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,958 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, jumlah kes aktif meningkat sedikit kepada 9,248 berbanding 9,219 kelmarin bertambah 29 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,901 kes atau 96.2 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 340  pesakit atau 3.7 peratus mendapat rawatan di hospital, tujuh daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana tiga orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 176 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,996,585 orang.

Related posts

Leave a Comment