Kadar kebolehjangkitan kekal 1.09

PUTRAJAYA 26 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam kekal kepada 1.09, sama seperti pada hari sebelumnya.

Dua negeri mengatasi kadar itu, iaitu Negeri Sembilan 1.13 berbanding 1.16 sebelumnya sementara Johor 1.10 sebelumnya 1.09 dan Kedah kekal 1.09.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1.07, Selangor 1.05, Pulau Pinang 1.03, Melaka 1.03, Sabah dan Pahang masing-masing mencatatkan 1.01, diikuti Kelantan 1.00 dan Perak 1.00.

Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatatkan 0.99 dan Terengganu 0.83.

Sarawak mencatatkan 10 kes, Perlis lapan kes dan Wilayah Persekutuan Labuan tiada sebarang kes.

Related posts

Leave a Comment