Erdogan minta rakyat tidak putus harapan

GAZIANTEP: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi kata-kata semangat kepada rakyat negara itu supaya tidak putus harapan untuk melalui detik sukar akibat gempa bumi kuat yang melanda, Isnin lalu.

“Jangan bimbang, sama seperti kita berdepan gempa bumi sebelum ini, jadi jangan putus harapan,” katanya ketika menyerahkan pangsapuri di 10 wilayah ini kepada pemiliknya.

Erdogan memberi kata semangat itu ketika turun padang di Gaziantep bagi menyelia operasi mencari dan menyelamat serta agihan bantuan kepada mangsa gempa bumi di kawasan berkenaan.

Kunjungan Erdogan ke Gaziantep adalah sebahagian daripada misinya untuk siasatan ke atas zon gempa bumi itu serta menyerahkan pangsapuri di 10 wilayah ini kepada pemiliknya.

Program beliau bermula semalam antaranya membabitkan lawatan ke Osmaniye dan Kilis, dan bandar lain yang terbabit dalam gempa bumi menjejaskan lebih 13 juta orang yang tinggal di Turkiye dan Syria.

Erdogan berkata, sehingga kini bencana yang berlaku Isnin lalu itu mengorbankan seramai 21,000 orang, selain 63,794 lagi cedera manakala 6,444 bangunan pula musnah.

Selasa lalu, Presiden Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi dengan usul itu dibentangkan di Parlimen Turkiye pada Khamis.

Erdogan berkata, pengisytiharan darurat di 10 wilayah itu antaranya bagi menghalang mana-mana pihak menyalahgunakan proses peraturan di Turkiye.

Presiden Turki itu juga menugaskan semua menteri dalam Kabinetnya dan Naib Presiden, Fuat Oktay untuk mengendalikan keadaan termasuk mewujudkan penyelarasan di kawasan itu.

Melalui siri lawatan pertamanya itu, Erdogan turut melawat stadium bola sepak di daerah Onikisubat di Kahramanmaras, yang menempatkan banyak khemah bagi mangsa, Rabu lalu.

Related posts

Leave a Comment