PUTRAJAYA 25 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam kekal pada 0.77, sama seperti kelmarin.
Wilayah Persekutuan Putrajaya mendahului negeri lain dengan merekodkan 1.15 berbanding 1.10 kelmarin, dan satu-satunya negeri melebihi kadar 1.00.
Ini diikuti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan 0.86, Negeri Sembilan 0.84, Perak 0.82 dan Melaka 0.81.
Sabah merekodkan 0.78, Pulau Pinang 0.75, Terengganu 0.73, Johor 0.71, Sarawak dan Kedah masing-masing 0.69, Kelantan 0.64 dan Pahang 0.61.
Sementara itu Perlis mencatatkan tujuh kes dan Wilayah Persekutuan Labuan dua kes.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.