SEREMBAN 16 Julai – Perikatan. Nasional (PN) melengkapkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dipertandingkan selepas mengisi 11 ‘kekosongan’ yang ditinggalkan BN semasa pengumuman 25 calon mewakili UMNO, MCA dan MIC semalam. Pengumuman 11 calon itu disempurnakan oleh Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan Ke-16, di sini, malam ini. Antara calon yang diumumkan ialah Danii Rais (DUN Klawang), Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), Kumar Paramasevam (Lobak), Razali Abu Samah (Sikamat), Erik Michael (Mambau), Lee…
Read MoreDay: July 16, 2026
5 ADUN PH Melaka tarik diri
SEPANG 16 Julai – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan penarikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu daripada kerajaan negeri, hari ini selepas memuktamadkan pendirian menolak cadangan pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi mewujudkan jawatan ADUN lantikan. Dalam kenyataan bersama ADUN itu, PH memaklumkan tindakan itu selaras dengan prinsip dan amalan demokrasi. “Mesyuarat mengesahkan keputusan penarikan diri kelima-lima ADUN PH Melaka daripada kerajaan negeri selepas memuktamadkan pendirian menolak pindaan terhadap Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi tujuan mewujudkan jawatan ADUN lantikan. EXCO atau ADUN daripada kerajaan negeri yang tidak lagi…
Read MoreMT PN lulus rundingan pembahagian kerusi
SEPANG 16 Julai – Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) meluluskan rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta membenarkan penggunaan lambang gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan. Pengerusi PN, Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ketetapan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Khas MT PN yang diadakan pada hari ini. Menurut beliau, mesyuarat tersebut mengambil ketetapan untuk ‘bersetuju’ meluluskan rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di antara Parti-Parti Anggota PN, iaitu Pas, Wawasan, Gerakan, dan MIPP. Naib Presiden Pas itu berkata,…
Read More“Kehendak saya ke Linggi, bukan lari dari Sikamat”
SEPANG 16 Julai – “Saya ke Linggi atas kehendak saya. Ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi. Jika Allah izinkan kemenangan, saya akan bekerja keras, lebih lagi untuk penduduk di DUN Linggi,” demikian catatan Aminuddin Harun. Menteri Besar Negeri Sembilan itu diumum bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, manakala kerusi DUN Sikamat yang disandang beliau sejak 2008 akan diwakili Setiausaha Politik kepada Aminuddin, Nor Azman Mohamad. “ Saya bukan lari dari Sikamat. Empat penggal saya di Sikamat. Dari seorang ADUN pembangkang sampai menjadi Menteri Besar pun saya masih di Sikamat,”…
Read MoreBerita pilihan..
Kualiti udara di Toronto merosot teruk
TORONTO – Kualiti udara di Toronto merosot ke paras paling buruk dalam kalangan bandar utama dunia pada Rabu susulan asap daripada kebakaran hutan yang sedang marak di barat laut Ontario Ia turut merebak ke timur laut Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kesihatan. Walaupun kebakaran berlaku di kawasan yang jarang penduduk dan terletak ratusan kilometer dari Toronto, asap tebal yang terhasil telah menyelubungi kawasan yang luas, termasuk bandar terbesar Kanada itu dan beberapa bandar di AS. Environment Canada melaporkan Indeks Kesihatan Kualiti Udara (AQHI) Toronto berada pada…
Read MoreKumpulan hak asasi saman pentadbiran Trump
WASHINGTON – Dua kumpulan hak asasi manusia memfailkan saman terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump, dengan mendakwa sekatan yang dikenakan ke atas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melanggar Perlembagaan negara itu. ‘Democracy for the Arab World Now (DAWN)’ dan ‘Taxpayers Against Genocide’, mendakwa tindakan pentadbiran Trump itu menyekat kebebasan mereka memperjuangkan hak rakyat Palestin, termasuk mengemukakan maklumat dan hujahan kepada ICC. Sekatan tersebut turut menghalang mereka daripada berhubung dengan individu yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang berdepan denda atau hukuman penjara. Pengarah Eksekutif DAWN, Omar Shakir, berkata pentadbiran Trump…
Read More