Lapan kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 25 April – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan lapan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 35,499 orang, daripada 4.39 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 74,752 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 72,906 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 121 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,627 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment