58,780 kanak-kanak lengkap 2 dos

PUTRAJAYA 8 April – Sebanyak 58,780 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, semalam 13,778 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,983 mendapatkan dos pertama menjadikan 1,354,514 atau 38.2 peratus daripada populasi kanak-kanak itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,856,360 individu atau 91.8 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,956,063 atau 95 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 15,899,713 individu dewasa atau 67.6 peratus telah menerima suntikan dos penggalak termasuk 10,639 orang yang tampil mendapatkan dos itu semalam.

Bagi populasi yang sama, sebanyak 22,955,772 atau 97.6 peratus pula menerima dua dos manakala 23,232,836 atau 98.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 29,734 dos vaksin diberikan semalam merangkumi 15,374 dos kedua, 10,639 dos penggalak dan 3,721 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,101,615.

Related posts

Leave a Comment