Kes harian Malaysia terus meningkat

PUTRAJAYA 18 Nov. – Kes positif Covid-19 dalam negara terus kekal melebihi 6,000 kes apabila merekodkan 6,380 kes, meningkat sedikit berbanding 6,288 yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menyumbang kepada 2,569,533 kes jangkitan di negara ini sejak dikesan pada akhir Januari tahun lalu.

Sebelum ini tiga hari berturut-turut jumlah kes harian melebihi 6,000 kes iaitu 6,243 (10 Nov.), 6,323 (11 Nov.) dan 6,517 (12 Nov.) .

Related posts

Leave a Comment