Selangor, KL sumbang 4,124 kes

PUTRAJAYA 7 Julai – Selangor kekal merekodkan kes tertinggi walaupun mencatatkan sedikit penurunan dengan merekodkan 3,119 kes berbanding 3,260 semalam.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga mengekalkan empat angka dengan 1,005 berbanding 1,550 semalam.

Ini menjadikan dua negeri itu menyumbang 4,124 kes daripada jumlah keseluruhan kes harian seluruh negara hari ini sebanyak 7,097.

Beberapa negeri mencatatkan peningkatan kes berbanding semalam manakala Perlis kekal dengan tambahan dua kes seperti direkodkan semalam.

Negeri yang mencatatkan peningkatan jumlah kes berbanding semalam adalah Negeri Sembilan 788 (698), Melaka 358 (230), Sarawak 289 (286), Pahang 258 (180), Sabah 244 (225), Perak 187 (94), Kelantan 123 (118) dan Wilayah Persekutuan Labuan 93 (82).

Sementara itu Johor merekodkan 224 kes berbanding 313 semalam, Kedah 198 (337), Pulau Pinang 140 (185), Terengganu 43 (61) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 26 (33).

Related posts

Leave a Comment