PUTRAJAYA 19 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 589 kes (28.3 peratus) berbanding 508 semalam.
Daripada jumlah ini, sebanyak 450 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 457 kes (22.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 290 kes (14.0 peratus).
- Sarawak: 589 kes
- 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Duan, Kluster Sungai Passin, dan Kluster Sungai Selitut;
- 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 139 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Selangor: 457 kes
- 74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 42 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sulah 16;
- 295 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 85 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Kelantan: 290 kes
- 122 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Hospital, Kluster Tangok, dan Kluster Pulai Chondong;
- 135 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 153 kes
- Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
- 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Enam (6) kes import dari luar negara; dan
- 61 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sabah: 125 kes
- 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tagasan;
- 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 115 kes
- 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Medan Aliff, Kluster Cyber Park, dan Kluster Jalan Cahaya Baru;
- 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Empat kes import dari luar negara; dan
- 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.