KUALA LUMPUR 28 April – Putra secara diam bersiap sedia untuk meletak calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sekiranya tidak ada calon Melayu diturunkan pada hari penamaan calon semalam. Presiden Putra Dr Ibrahim Ali berkata, hasrat itu dibatalkan apabila Perikatan Nasional (PN) mencalonkan orang Melayu. “Putra membatalkan hasrat meletakkan calon bagi mengelak berpecahnya undi Melayu tetapi undi Melayu akan terus berpecah kerana ada Melayu sanggup menjadi alat kepada kaum lain” katanya dalam satu kenyataan . Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang…
Read MoreDay: April 28, 2024
Cawangan DAP Melayu bukan gimik politik
HULU SELANGOR 28 April – Penubuhan cawangan DAP Melayu baharu yang ketiga bagi Parlimen Hulu Selangor bukan gimik politik semata-mata untuk menghangatkan suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, berkata persiapan mewujudkan cawangan baharu, DAP Melayu cawangan Jalan Kemboja itu sudah dimulakan setahun lalu dan ia bertambah rancak ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor. “Saya sangat gembira kerana saya banyak terbabit dalam gerak kerja penubuhan cawangan baharu ini dan lebih membanggakan belia berusia 21 tahun membuat keputusan menyertai DAP. Ini…
Read MoreChegu Bard direman dua hari
KUALA LUMPUR 28 April – Polis mengesahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard ditahan dan direman dua hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata majistret Mahkamah Kuala Lumpur membenarkan Chegu Bard direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. “Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah membuka kertas siasatan dan membuat tangkapan terhadap Badrul Hisham Bin Shaharin @Chegu’Bard pada 27 April 2024. “Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu…
Read MoreBersatu keluar notis kosongkan kerusi selepas PRK
LARUT 28 April – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu akan mengesahkan tindakan yang akan diambil terhadap enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perdana Menteri. Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainudin, berkata sehari selepas mesyuarat itu, parti akan menyerahkan notis pengosongan kerusi kepada wakil rakyat yang terlibat. Beliau berkata, mesyuarat itu sepatutnya diadakan dalam masa terdekat namun terpaksa fokus pada PRK dahulu. Menurutnya, tindakan itu bukanlah hanya untuk mereka (enam ahli Parlimen dan seorang ADUN), sebaliknya ia…
Read MorePersiap diri dengan kekuatan fizikal, emosi
SHAH ALAM 29 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan bakal jemaah haji mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya terutama kekuatan fizikal dan emosi, bagi berhadapan dengan pelbagai ujian serta cabaran. Titah baginda, persediaan dalam bentuk penjagaan kesihatan dan ilmu ibadat haji perlu diberikan penekanan supaya semua cabaran termasuk cuaca panas dan sesak sepanjang menunaikan haji nanti dapat dilalui dengan sabar dan tenang. “Sepanjang di Tanah Suci, bersihkan niat dan gunakanlah sepenuh masa serta tenaga untuk melaksanakan amal ibadah. Beta juga menyeru agar tuan-tuan dan puan-puan saling berganding bahu, tolong menolong…
Read MoreKhairul Azhari akhirnya tunjuk bukti
HULU SELANGOR 28 April – Khairul Azhari Saut tampil memuat naik transkrip dan sijil pengajiannya yang memperoleh Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 29 September 2021. Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu itu sebelum ini enggan mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu yang mempertikaikan kelulusan dan latar belakang pendidikannya. Beliau yang juga Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor berkata, tindakannya memuat naik dokumen berkaitan pengajiannya itu bagi mengukuhkan apa yang dinyatakan pihak UMPSA untuk menenangkan ‘kawan…
Read MoreRumah Terbuka Aidilfitri bukan kempen PRK
HULU SELANGOR 28 April – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menolak dakwaan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) semalam, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Katanya , tidak wujud sebarang elemen kempen pada penganjuran rumah terbuka itu dan program tersebut tidak hanya terhad kepada penduduk KKB sebaliknya terbuka kepada semua warga Selangor. “Ia (penganjuran program itu) memang ikut giliran sebab sebelum ini kita buat di semua daerah dan kita memang pilih kawasan ini kerana kebetulan ia lokaliti pertama rumpun Selangor oleh Raja…
Read MorePN puas hati kelayakan Khairul Azhari
HULU SELANGOR 28 April – Perikatan Nasional (PN) berpuas hati serta yakin dengan pencapaian, rekod prestasi dan kelayakan dimiliki calonnya, Khairul Azhari Saut, yang bertanding bagi merebut kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata BERSATU teguh menyokong, malah sudah melakukan pengesahan ketat kelayakan Khairul Azhari dan mendapati calonnya itu sangat berkelayakan. “Tidak perlulah calon kena ‘menggantung sarjananya’ ketika berkempen kerana parti (BERSATU) sudah membuat saringan cukup ketat. “Sijil sedemikian memang ada dikeluarkan banyak universiti sama ada universiti tempatan…
Read MoreBerita pilihan….
Gempa bumi 6.5 di pulau Jawa
JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi magnitud 6.5 melanda pantai pulau Jawa di Indonesia semalam, Sabtu. Gempa itu, yang direkodkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada magnitud 6.1, dirasai di ibu kota Jakarta – di mana orang ramai terpaksa mengosongkan bangunan – dan di Bandung yang berdekatan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan menurut BMKG dan USGS melaporkan gempa bumi berlaku pada kedalaman 68.3 kilometer (km). Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, sering mengalami gempa bumi susulan kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik, lengkok aktiviti seismik yang aktif…
Read More