JOHOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (26.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 453 kes (92.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Selangor yang menunjukkan penurunan kes harian kepada 453 kes (24.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 220 kes (12.0 peratus).
- Johor: 490 kes
- 402 kes daripada kluster-kluster, termasuk 363 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Kampung Sungai Burung, dan Kluster Jalan Wawasan 12;
- 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Selangor: 453 kes
- 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melati dan Kluster Desa Empat;
- 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 105 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 220 kes
- 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 118 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Negeri Sembilan: 167 kes
- 139 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 15 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
