SEPANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor atas sokongan yang diberikan kepada beliau dan pasukannya pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16.
Menerusi kenyataan ringkas di Facebooknya, beliau berkata, sokongan yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk beliau bersama pasukan pentadbirannya terus berkhidmat dengan sepenuh hati demi kemajuan Johor.
“Assalamualaikum WBT dan Salam Maju Johor seluruh Bangsa Johor yang dikasihi sekalian.
Terima Kasih di atas sokongan anda. Ia adalah pemangkin semangat untuk saya dan pasukan saya untuk terus berkhidmat dengan sepenuh hati demi Johor tercinta.
Semoga dipermudahkan segala urusan. Kepada Allah kita berserah.
“Terima kasih di atas sokongan anda. Ia adalah pemangkin semangat untuk saya dan pasukan saya untuk terus berkhidmat dengan sepenuh hati demi Johor tercinta.
“Semoga dipermudahkan segala urusan. Kepada Allah kita berserah,” katanya
Pada PRU DN Johor yang berlangsung semalam, BN memperoleh kemenangan besar apabila berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti selesa, sekali gus membolehkan gabungan itu meneruskan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.
Kemenangan 48 kerusi itu dilihat sebagai mandat rakyat terhadap kepimpinan Onn Hafiz dan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajuinya sepanjang penggal lalu.
Onn Hafiz mempertahankan kerusi DUN Machap dengan majoriti 15,375 undi selepas memperoleh 20,382 undi mengalahkan pencabarnya Nur Hafiz Roslan (PH) yang memperoleh 5,007 undi.
Nnn
