Malaysia-Perancis kukuh hubungan dua hala

KUALA LUMPUR 3 Jun –  Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir, berkata lawatan kerja beliau ke Paris baru-baru ini berupaya mengekalkan momentum positif dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin.

Katanya, Malaysia akan berusaha ke arah meningkatkan jalinan kerjasama dua hala dengan Perancis, terutama dalam sektor berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan dan kesihatan.

Dalam satu kenyataan, Dr Zambry berkata, dalam lawatannya itu beliau sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Catherine Colonna, dan saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu.

Ini termasuk usaha ke arah meningkatkan lagi jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Perancis, terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, kesihatan dan pelbagai lagi.

“Perbincangan juga mencorak arah tuju dan kolaborasi yang lebih berimpak tinggi dan memanfaatkan ekonomi kedua-dua negara terutamanya di dalam ekonomi hijau, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu,” katanya l

Di samping itu, Malaysia juga menyuarakan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama supaya kedua-dua negara mampu memainkan peranan yang penting di platform multilateral, dalam memastikan kestabilan dan keselamatan rantau kekal terpelihara, khususnya berkaitan rantau Indo-pasifik, Laut China Selatan dan ASEAN.

Zambry berkata, pertemuan itu turut menyaksikan penzahiran pengiktirafan dan pendirian Kerajaan Perancis berhubung kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Related posts

Leave a Comment