RIYADH – Seorang penduduk cedera selepas serpihan peluru berpandu balistik yang berjaya dipintas sistem pertahanan jatuh di wilayah Asir, selatan Arab Saudi.
Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi dalam satu hantaran di platform X, memaklumkan kejadian berlaku di daerah Ahad Rafidah apabila serpihan peluru berpandu berkenaan jatuh selepas ancaman itu berjaya dipintas.
Mangsa mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan, dan tiada maklumat lanjut mengenai tahap kecederaannya.
Selain kecederaan kepada seorang penduduk, serpihan peluru berpandu itu turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah surau yang terletak di dalam sebuah bangunan serta beberapa kenderaan di kawasan terbabit.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai asal peluru berpandu tersebut atau keadaan semasa mangsa yang cedera.
Sementara itu, pihak berkuasa berkata pasukan berkaitan telah menjalankan tindakan susulan di lokasi kejadian bagi menilai tahap kerosakan dan memastikan keselamatan orang ramai.
Nnnn
