1,161 kes harian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 16 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan semalam dengan catatan 1,161 kes termasuk tiga kes import berbanding 1,241 kes pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,014,885 iaitu 4,976,400 kes tempatan dan 38,485 kes import.

Menurut data portal KKMNOW, sebanyak tiga kematian dilaporkan termasuk satu berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,787 orang meninggal dunia termasuk 7,838 BID.

Sebanyak 16,811 kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 15,749 kes atau 93.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC).

Bagi 1,004 kes di hospital pula, sebanyak 58 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 34 atau 0.2 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) manakala 24 lagi atau 0.1 peratus tidak memerlukan ABP.

KKMNOW turut melaporkan 1,562 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,961,287 orang.

Sementara itu, Selangor merekodkan 362 kes baharu diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 142, Sarawak 132, Melaka 82, Kedah 73, Pulau Pinang  59, Perak 54, Negeri Sembilan 46 Kelantan 42, Sabah 41 dan Pahang 35.

Wilayah Persekutuan Putrajaya  dan Johor masing-masing merekodkan 30 kes diikuti Terengganu 25, Wilayah Persekutuan Labuan 7 dan Perlis 1.

Related posts

Leave a Comment