KUALA LUMPUR 11 Sept. – Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengetuai pemimpin parti itu hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.
Turut serta Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.
Kehadiran pemimpin itu dilihat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua parti Melayu terbesar negara itu selepas berjaya mengharungi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) di Johor dan Negeri Sembilan.
Kehadiran mereka juga jelas menunjukkan kesediaan kedua-dua parti menjalinkan kerjasama politik khususnya dalam menghadapi pilihan raya Melaka.
Ia juga dilihat sebagai kunjungan balas selepas Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menghadiri Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan minggu lalu.
Selasa lalu, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Ahmad Yahaya, hadir dan turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada Himpunan Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 di WTC.
NNNN
