Dua dos beri perlindungan

LONDON : Dua dos suntikan vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca memberikan perlindungan sebanyak 94 peratus terhadap kematian akibat penyakit itu ke atas individu berusia lebih 65 tahun.

Public Health England (PHE) dalam laporan pengawasan data mingguan menyatakan sebahagian besar data berasal dari tempoh ketika varian Alpha yang pertama kali dikesan di England masih dominan.

Bagaimanapun PHE belum mengeluarkan kiraan khusus perlindungan daripada kematian vaksin AstraZeneca terhadap varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan kini lebih meluas.

PHE juga menyatakan, bagi individu berusia 40 tahun ke bawah, anggaran awal menunjukkan satu dos vaksin Pfizer-BioNTech adalah 61 peratus berkesan terhadap pesakit simptomatik dan satu dos vaksin Moderna adalah 72 peratus berkesan.

Pakar Perunding Epidemiologi di PHE, Jamie Lopez Bernal berkata, data ini memberi lebih banyak keyakinan bahawa vaksin menawarkan tahap perlindungan tinggi terhadap virus Covid-19 di semua peringkat umur.

Related posts

Leave a Comment