UMNO tidak condong ke kiri atau ke kanan

KUALA LUMPUR 9 Sept. – UMNO sentiasa terbuka dan berlapang dada, untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kelangsungan perjuangan bangsa dan agama, kata Timbalan Presidennya Mohamad Hasan. Katanya, parti itu tidak pernah menutup ruang bagi merealisasikan kesatuan bangsa Melayu merentasi parti dan ideologi. “Percayalah, jika sesiapa juga yang datang kepada UMNO dan menggagaskan kesatuan Melayu, UMNO akan menyambutnya dengan berlapang dada, tetapi kerjasama itu mestilah ada kejelasannya,” katanya. Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2026 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di…

Read More

UMNO mesti berdikari, tiada ‘talian hayat’

KUALA LUMPUR 9;Sept. – UMNO perlu mengembalikan kekuatan sendiri, supaya akhirnya, tidak perlu bergantung dengan orang lain sama ada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas apatah lagi DAP. Timbalan Presidennya,  Mohamad Hasan ketika mengingatkan demikian berkata, UMNO mesti berdikari, membangunkan kekuatan dengan cara dan strategi sendiri tanpa bersandarkan pada perhitungan parti lain, atau kekuatan mereka. “UMNO tidak ada talian hayat lain, kecuali kebingkasan dan ketahanan sendiri. Justeru, tanamlah dalam fikiran kita bahawa, selagi kita bergantung pada parti lain, kita sebenarnya masih jauh dari kepulihan. Jika kita bergantung kekuatan kepada…

Read More

Lautan merah di Dewan Merdeka

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Jika gelombang biru melanda Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini, di Dewan Merdeka pula diwarnai lautan merah pada sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) petang ini. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan perhimpunan itu sebagai ruang penting untuk seluruh keluarga parti kembali berhimpun, menyatukan fikrah serta memperkukuh kekuatan UMNO. “Syukur Alhamdulillah, hati saya cukup gembira melihat setiap aras dan pelosok Dewan Merdeka dipenuhi lautan merah,” katanya menerusi hantaran di media sosial. Menurut Ahmad Zahid, beliau berasa gembira melihat Dewan Merdeka…

Read More

UMNO dakwa PH langgar syarat disepakati

KUALA LUMPUR 9 Sept. – UMNO kesal dengan kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) yang didakwa seolah-olah mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, kata Setiausaha Agungnya,  Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau menegaskan, kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak seharusnya dipertikaikan mana-mana pihak. “Jika PH boleh menyokong pengampunan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau belum selesai menjalani hukuman penuh ketika itu, kenapa pula piawaian yang berbeza perlu dikenakan kepada pihak lain? Berbeza dengan PH, UMNO tidak berhasrat…

Read More

Dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi

SEREMBAN 9 Sept. – Menteri Besar, Ismail Lasim menjelaskan bahawa beliau telah dipaksa menandatangani dokumen Surat Cara Proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang tular di media sosial sejak malam semalam. Menurut beliau, dokumen berkenaan ditandatangani tanpa kerelaannya dan laporan polis berhubung perkara berkenaan juga telah dibuat sekitar pukul 6 petang semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa. “Kerajaan Negeri berpendirian, Surat Cara tersebut adalah tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Oleh…

Read More

Kos haji muassasah kekal RM33,300

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Kos Haji dan kadar bayaran haji jemaah Muassasah bagi musim haji 1448H/2027M, dikekalkan RM33,300, kadar yang sama untuk tahun keempat berturut-turut walaupun berdepan tekanan inflasi, ketidaktentuan ekonomi global serta penambahbaikan kemudahan di Tanah Suci. Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya, memaklumkan pengekalan kos haji pada kadar RM33,300 seorang dan kadar Bayaran Haji seperti tahun sebelum ini dicapai hasil tadbir urus yang cekap, perancangan awal, rundingan strategik serta perjanjian jangka panjang dengan penyedia perkhidmatan. Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah akan dikeluarkan secara berperingkat mulai…

Read More

PAU 2026, kehadiran bukan sekadar perwakilan

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan acara utama majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka bermula pukul 3 petang. Terdahulu berlangsung Majlis Penerangan dan Majlis Aspirasi Penerangan UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr Ismail. Pada sebelah malam pula akan berlangsung perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Presiden Mohamad Hasan. Sementara itu di luar acara persidangan, para perwakilan dan pengunjung yang mengunjungi WTC berpeluang menikmati pameean…

Read More

Gagi menteri Singapura naik 9 peratus

SINGAPURA – Pemegang jawatan politik akan mendapat kenaikan gaji sekali sahaja sehingga sembilan peratus, dalam pelarasan pertama sejak 2011 susulan  pemerintah menerima cadangan jawatankuasa yang ditubuhkan pada Disember 2025 untuk menyemak semula gaji pemegang jawatan politik dan Ahli Parlimen. Dengan itu, ia bermakna menteri peringkat permulaan gred MR4 yang mendapat pelarasan penuh akan menyaksikan kenaikan gaji tahunannya daripada SGD$1.1 juta (RM3.5 juta) kepada SGD$1.2 juta (RM3.8 juta) apabila rangka kerja yang disemak semula berkuat kuasa mulai 15 Oktober. Perdana Menteri, Lawrence Wong, yang berucap di Parlimen semalam berkata pemerintah telah…

Read More

3 negara haramkan import dari Israel

LONDON – Tindakan yang didakwa menyokong pembersihan etnik terhadap warga Palestin mendorong, Britain, Perancis dan Kanada mengambil langkah menyekat serta mengharamkan barangan import dari kawasan penempatan haram Israel di Tebing Barat. Menteri Luar Britain, Ed Miliband, menegaskan di Parlimen,  kerajaan Britain bersetuju mengenai kewujudan tindakan pembersihan etnik di Tebing Barat yang dilancarkan oleh kelompok peneroka haram, sambil mengecam sikap berdiam diri kerajaan Israel. Menurut Miliband, paling kerap berlaku, kerajaan Israel menutup mata terhadap perkara ini dan lebih teruk lagi, terdapat ahlinya yang mengeluarkan kenyataan serta mengambil tindakan menyokong pengusiran paksa…

Read More