WASHINGTON – Lebih 175,000 visa terutamanya berkaitan kegiatan jenayah, telah dibatalkan, demikian menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Tommy Pigott.
Katanya, langkah itu menunjukkan komitmen berterusan jabatan terhadap program tapisan.
Presiden Donald Trump pada hari pelantikannya sebagai Presiden AS ke-47, berikrar menghentikan imigresen haram dan melaksanakan pengusiran secara besar-besaran.
“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap warga asing yang memegang visa tetapi melanggar undang-undang, syarat visa atau menjejaskan keselamatan negara,” kata Pigott menerusi platform media sosial X.
Beliau berkata, antara kesalahan utama yang menyebabkan visa dibatalkan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, serangan dan kecurian.
Nnn
