91.06 peratus keluar mengundi awal

SEREMBAN 28 Julai – Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 daripada 16,467 pengundi awal melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16, hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Shahril Idrus, berkata 38 pusat mengundi awal dibuka di seluruh Negeri Sembilan bermula pukul 8 pagi yang kemudiannya ditutup secara berperingkat. Katanya , sebanyak 18 pusat pengundian awal ditutup pukul 12 tengah hari, dua pusat ditutup pukul 2 petang dan 18 pusat lagi ditutup pada pukul 5 petang. “SPR…

Read More

Tok Naz sedia berkhidmat untuk Ampangan

MUHAMMAD  Nazri Kassim, calon PH bagi N.14 Ampangan, bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya dipilih pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada Sabtu ini. Dikenali sebagai Tok Naz, beliau yang kali pertama dicalonkan mengakui pemilihan sebagai calon adalah satu amanah dan jika menang perlu bersedia menjadi ‘khadam’ kepada rakyat. Katanya, tanggungjawab sebagai wakil rakyat amat berat kerana ia bukan sahaja satu amanah yang diberikan untuk mewakili rakyat tetapi akan diadili di akhirat nanti sejauh mana tanggungjawab dan amanah itu dipenuhi. Justeru, kesediaan untuk dicalonkan…

Read More

Pejabat UNHCR jadi ‘magnet’ pelarian

SEREMBAN 28 Julai  – Keberadaan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini perlu dipertimbangkan semula sekiranya badan berkenaan enggan bekerjasama dalam urusan pelarian. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata kerjasama itu penting bagi memastikan proses saringan dilakukan dengan ketat sebelum kad UNHCR diberikan kepada seseorang pelarian dan negara tidak terus terbeban. Beliau berkata, dengan adanya pejabat UNHCR di sini, ia menjadi satu ‘magnet’ kepada pelarian untuk datang ke Malaysia kerana UNHCR boleh memberikan kad dengan sewenang-wenangnya. Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian selepas melakukan…

Read More

KJ akui saingan sengit di Negeri Sembilan

TANJONG 28 Julai – Barisan Nasional (BN) berdepan saingan sengit dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan berbanding PRU Dewan Negeri Johor, namun masih mempunyai peluang untuk mencatat kemenangan seterusnya membentuk kerajaan negeri. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata semua calon BN perlu memanfaatkan sepenuhnya baki tiga hari tempoh berkempen untuk bertemu seramai mungkin pengundi dan menjelaskan tawaran yang ingin dibawa sekiranya mendapat mandat sebagai wakil rakyat. Katanya, selepas berkempen beberapa hari di Negeri Sembilan, beliau secara jujur mendapati saingan di Negeri Sembilan lebih sengit berbanding…

Read More

Delegasi AS tinggalkan mesyuarat di PBB

NEW YORK – Delegasi Amerika Syarikat (AS) meninggalkan mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika wakil Perancis mengambil giliran berucap dalam perbincangan mengenai perang Rusia-Ukraine. Tindakan itu susulan pertikaian diplomatik yang memuncak antara Washington dan Paris berhubung pelantikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk. Turk dilantik semula selepas menerima sokongan majoriti negara anggota Perhimpunan Agung PBB, dengan 144 negara mengundi menyokong, 10 menentang dan 13 berkecuali. Terdahulu AS menentang pembaharuan penggal empat tahun Turk, manakala Perancis menyokong pelantikan semula pegawai berkenaan. Misi Perancis ke PBB di Geneva sebelum…

Read More

Rundingan Washington-Tehran berlangsung

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa rundingan bagi meredakan konflik antara Washington dan Tehran sedang berlangsung manakala Iran menafikan dakwaan rundingan tersebut. Ketika kedua-dua pihak tidak melancarkan sebarang serangan untuk hari ketiga berturut-turut, Trump optimis perang yang tercetus sejak beberapa bulan lalu berpotensi ditamatkan melalui saluran diplomatik. “Saya fikir ada peluang yang baik untuk sesuatu penyelesaian dicapai,” katanya kepada pemberita ketika berada di dalam pesawat rasmi Air Force One. Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa AS akan meneruskan pendekatan ketenteraan seperti sebelum ini sekiranya usaha rundingan tersebut gagal…

Read More

Diplomasi diraja bawa Formula 1 ke Sepang

SEPANG 27 Julai – Selepas sembilan tahun, perlumbaan Formula One (F1) kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hasil diplomasi diraja antara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa. Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, penganjuran Grand Prix (GP) F1 Bahrain di sini disifatkan sebagai hasil hubungan erat serta kepercayaan tinggi yang terjalin antara Seri Paduka Baginda dan Raja Hamad. “Semenjak tahun 2017, Seri Paduka Baginda dan Raja Hamad telah menjalin persahabatan peribadi yang baik dan ia terus berkembang kepada…

Read More

Buat pilihan tepat dengan tenang, bebas

SEPANG 27 Julai – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menggesa rakyat khususnya pengundi awal Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan membuat pilihan dengan tenang, bebas dan bijaksana. Katanya, mereka perlu membuat pilihan tepat dengan memilih calon berdasarkan integriti, kemampuan, keupayaan membina muafakat serta kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat. Beliau berkata, setiap undi yang diberikan membawa amanah besar dalam menentukan hala tuju Negeri Sembilan dan masa depan pentadbiran negeri itu. “Negeri Sembilan memerlukan sebuah pentadbiran yang stabil, cekap, berintegriti dan berlaku adil kepada seluruh rakyat.…

Read More