SEPANG – Parti Wawasan Negara, akan memperkukuhkan lagi Perikatan Nasional (PN) selaku gabungan yang semakin diyakini rakyat untuk memimpin Malaysia.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berkata, penyertaan Wawasan Negara menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada PN terutamanya dalam memperjuangkan agenda perubahan berteraskan kompetensi, integriti dan kestabilan.
“Sebagai parti berwajah Malaysia, Wawasan Negara membawa aspirasi rakyat daripada pelbagai latar belakang dan percaya masa depan negara hanya dapat dibina melalui kerjasama, kesederhanaan serta komitmen terhadap kepentingan nasional.
Kami hadir sebagai jambatan yang menghubungkan lebih ramai rakyat, memperluaskan sokongan serta mengukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang inklusif, stabil dan sedia mentadbir,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Presiden Wawasan Negara turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Tertinggi PN atas kepercayaan menerima Wawasan Negara sebagai anggota baharu gabungan itu.
Wawasan Negara lahir susulan Mesyuarat Khas Perwakilan Parti Cinta Malaysia (PCM) pada 20 Jun 2026 sebulat suara bersetuju dengan penjenamaan semula dengan Wawasan Negara dipilih sebagai nama baharu parti.
MT PN dalam mesyuarat khas malam tadi menerima kemasukan PCM yang dijenamakan semula itu bersama Pejuang.
Nnnn
