UMNO berhak tentukan pendirian, hala tuju

KUALA LUMPUR 10 Jun – Keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, keputusan itu sebaliknya adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat. Katanya, ketetapan itu adalah antara hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diputuskan malam ini. Selain itu, katanya mesyuarat malam ini juga memutuskan UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti menjelang mana-mana pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN)…

Read More

Bersatu didesak tinggalkan PN

SEPANG 10 Jun  – Sebanyak 13 Ahli Parlimen Bersatu mendesak supaya parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) manakala semua lantikan politik serta Exco di negeri-negeri yang berkaitan dirombak. Kumpulan wakil rakyat itu berkata, Bersatu sudah tiada nilai dalam PN malahan dari segi bilangan Ahli Parlimen, bilangan yang tinggal hanya enam orang. “Jika Betsatu kekal dalam PN, maka kelemahan Bersatu dan keangkuhan Tan Sri Muhyiddin akan melumpuhkan PN,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang turut ditandatangani bersama. Mereka ialah Ronald Kiandee (Beluran), Mas Ermieyati Samsudin…

Read More

Pas berdepan pelbagai kesukaran

SEPANG 10 Jun – Kerjasama Pas dengan Bersatu memperlihatkan pelbagai kesukaran dan  kekangan sehingga membawa kepada keputusan menghentikan hubungan politik antara kedua-dua pihak, kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Timbalan Presiden Pas itu berkata, antara isu yang timbul ialah kesukaran Pas untuk membabitkan Ahli Parlimen dan pimpinan tertentu dalam Bersatu bagi menyertai program anjuran parti itu. Beliau mengambil contoh, tindakan Pas Melaka menjemput Ketua Srikandi Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin, ke program Pas sebelum ini juga didakwa tidak disenangi oleh sebahagian pihak dalam Bersatu. “Jika jemputan seperti itu pun…

Read More

Bersatu Besut lumpuh?

KUALA TERENGGANU 10 Jun  – Semua ahli jawatankuasa Bersatu termasuk di peringkat bahagian dan 36 cawangan meletak jawatan berkuat kuasa hari ini kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti pusat termasuk Presiden, Muhyiddin Yassin. Bekas Ketua Bahagian, Wan Ariff Rashiddin Wan Jusoh berkata, Muhyiddin dan seluruh kepemimpinan parti di peringkat pusat gagal menyelesaikan pelbagai isu bersama rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga membawa perpecahan. “Kita juga berpandangan Muhyiddin dan jawatankuasa parti di peringkat pusat gagal menguruskan isu dengan cara berhemah terutama membabitkan pemecatan menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman yang merosakkan parti.…

Read More

DAP kekalkan lebih separuh penyandang

SEREMBAN 10 Jun – Lebih separuh daripada penyandang akan dikekalkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata senarai calon parti itu kini di peringkat akhir dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi. Beliau berkata parti itu juga berhasrat menampilkan beberapa muka baharu pada pilihan raya kali ini bagi mempertahankan 11 kerusi dimenangi pada PRN lepas. “Senarai calon akan diumumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada mereka membuat…

Read More

Menteri Israel dilarang masuk Perancis

PARIS – Perancis melarang kemasukan Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, sebagai sebahagian daripada sekatan yang diselaraskan bersama beberapa negara lain berhubung keganasan peneroka Israel terhadap rakyat Palestin. Smotrich merupakan anggota kedua kerajaan Israel yang dilarang memasuki Perancis dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Sebelum ini pada 23 Mei lalu, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir, dikenakan larangan serupa kerana memperlekehkan aktivis yang ditahan tentera Israel daripada flotila bantuan ke Gaza. Sebelum ini, United Kingdom (UK), Australia, Canada, New Zealand dan Norway mengenakan larangan perjalanan terhadap kedua-dua menteri itu pada Jun…

Read More

IRGC dakwa serang Armada Kelima AS

TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa melancarkan serangan dron terhadap Armada Kelima Amerika Syarikat (AS) di Bahrain sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai “pencerobohan” tentera AS ke atas beberapa lokasi di negara itu. Dalam kenyataan rasmi, IRGC memaklumkan bahawa pertempuran masih berterusan dan memberi amaran bahawa tindakan balas yang lebih berat akan menyusul sekiranya serangan oleh AS tidak dihentikan. IRGC turut mengesahkan bahawa AS telah melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan di selatan Iran, termasuk Jask, Sirik dan Pulau Qeshm. Serangan tersebut dilaporkan menyebabkan kerosakan…

Read More