KUALA LUMPUR 10 Jun – Keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak.
Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, keputusan itu sebaliknya adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.
Katanya, ketetapan itu adalah antara hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diputuskan malam ini.
Selain itu, katanya mesyuarat malam ini juga memutuskan UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti menjelang mana-mana pilihan raya, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Tegasnya, Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan.
“Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri dan .
Dalam pada itu, beliau menegaskan hubungan BN dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan terjejas sehingga pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dilangsungkan.
“UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 sehingga pilihan raya,” katanya.
Pada masa yang sama Dr Asyraf Wajdi berkata, UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat.
“Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan,” katanya.
Nnnn
