SEREMBAN 10 Jun – Lebih separuh daripada penyandang akan dikekalkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata senarai calon parti itu kini di peringkat akhir dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi.
Beliau berkata parti itu juga berhasrat menampilkan beberapa muka baharu pada pilihan raya kali ini bagi mempertahankan 11 kerusi dimenangi pada PRN lepas.
“Senarai calon akan diumumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada mereka membuat persiapan dan menyesuaikan diri dengan kawasan yang bakal ditandingi, khususnya calon baharu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
PRN Negeri Sembilan 2023 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan BN membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN iaitu PH 17 kerusi dan BN memperoleh 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.
Sementara itu, , Loke berkata setakat ini DAP Johor belum menyerahkan senarai penuh nama calon mereka untuk dimuktamadkan bagi menghadapi PRN.
