Bersatu Besut lumpuh?

KUALA TERENGGANU 10 Jun  – Semua ahli jawatankuasa Bersatu termasuk di peringkat bahagian dan 36 cawangan meletak jawatan berkuat kuasa hari ini kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti pusat termasuk Presiden, Muhyiddin Yassin.

Bekas Ketua Bahagian, Wan Ariff Rashiddin Wan Jusoh berkata, Muhyiddin dan seluruh kepemimpinan parti di peringkat pusat gagal menyelesaikan pelbagai isu bersama rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga membawa perpecahan.

“Kita juga berpandangan Muhyiddin dan jawatankuasa parti di peringkat pusat gagal menguruskan isu dengan cara berhemah terutama membabitkan pemecatan menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman yang merosakkan parti.

Punca lain sehingga menyebabkan kami berpakat meletak jawatan disebabkan Muhyiddin terlalu memberi kepercayaan kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz,” katanya.

Beliau berkata, bagi meneruskan wadah politik dan untuk terus membantu rakyat Besut, mereka bersepakat dan sebulat suara memberi sokongan kepada gerakan Reset diketuai Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.

Nnn

Related posts

Leave a Comment