Flat haram: MPKj keluar notis, arahan

KAJANG 09 Jun  – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjalankan operasi penguatkuasaan dengan agensi kerajaan berkaitan berhubung binaan haram di Sungai Makau, Hulu Langat yang tular melalui video. Menerusi operasi itu, MPKj telah mengeluarkan notis beserta arahan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). “Lawatan di kawasan aduan juga telah disertai oleh pihak MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta MPKj akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang diputuskan,”  kata MPKj dalam satu kenyataan.

Read More

Gerakan komited perkukuh PN

SEPANG 9 Jun – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), komponen Perikatan Nasional (PN) mengambil-maklum pendirian Pas untuk menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Presiden Gerakan Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, Gerakan menghormati peranan dan sumbangan Pas serta Bersatu dalam PN. “Pada peringkat ini, Gerakan akan menunggu penjelasan rasmi lanjut daripada pihak-pihak berkaitan sebelum membuat sebarang ulasan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau bagaimanapun menegaskan, Gerakan akan terus memainkan peranan yang membina dalam memperkukuhkan PN sebagai gabungan politik yang inklusif dan boleh diterima rakyat Malaysia…

Read More

Negeri Sembilan juga saksikan BN solo

KUALA LUMPUR 9 Jun – Selepas solo di Johor, Barisan Nasional (BN) juga akan bertanding solo dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan demikian berkata, BN tidak ada pilihan selain bertanding solo. ” Ya, di Negeri Sembilan pasti (BN) bergerak solo kerana Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan mereka (akan) bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ertinya, kita tidak ada pilihan,” katanya. Beliau berkata demikian…

Read More

Polis pernah serbu, tahan 42 warga asing

KAJANG 9 Jun – Polis pernah menyerbu flat haram yang tular selepas dikatakan menjadi kediaman pelarian Rohingya di Kampung Kenangan, Hulu Langat pada Februari lalu dan menahan 42 warga asing iaitu 35 lelaki, tiga wanita serta empat kanak-kanak. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, tangkapan disiasat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah Seksyen 51(3)(a) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) akta  yang sama. Katanya, dalam serbuan secara bersepadu itu, seorang lelaki tempatan yang mengaku anak pemilik rumah turut dikenakan tindakan. “Satu…

Read More

Tuan tanah izin flat warga asing dibina

SEPANG 9 Jun – Isu flat tular dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga asing membina kediaman di lokasi itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Johan Abd Aziz, berkata isu terbabit pernah dibangkitkan beliau dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Hulu Langat sejak tahun lalu untuk perhatian serta tindakan agensi berkaitan. Katanya, pelbagai tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan operasi sudah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan. “Namun, punca utama ialah tindakan pihak pemilik tanah yang membenarkan penggunaan tanah bagi tujuan penempatan dan pembinaan…

Read More

Pertemuan UMNO- Pas langkah positif

PUTRAJAYA 9 Jun – Pertemuan antara pimpinan UMNO dan Pas baru-baru ini sebagai satu langkah positif yang perlu disusuli dengan beberapa tindakan susulan, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, pertemuan atas inisiatif kepemimpinan kedua-dua parti itu adalah bagi merungkai pelbagai permasalahan serta membincangkan agenda yang bukan semata-mata berkaitan politik. “Kita merestui perjumpaan hasil inisiatif kepemimpinan UMNO dan Pas untuk merungkai beberapa permasalahan dan agenda yang bukan agenda politik. Jika ia ada terkait pun dengan politik ia tentunya akan lebih diperhalusi kerana kita tetap berada dalam Kerajaan Perpaduan…

Read More

Bersatu kekal dalam PN, dukacita keputusan Pas

SEPANG 9 Jun – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dukacita terhadap keputusan Pas menamatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu, yang dibina bersama atas semangat dan persefahaman yang luhur. Presidennya, Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, Bersatu akan terus kekal berada dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai parti komponen gabungan itu. “Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak Pas. Sebagai pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya,” katanya dalam kenyataan. Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi PN berkata Bersatu akan memperkasa agenda prihatin rakyat…

Read More

Kembalikan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN

SEPANG 9 Jun – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin, menggesa Presidennya, Muhyiddin Yassin kembali menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu. Beliau berkata, PN tidak memerlukan retorik yang membakar emosi, sebaliknya pemimpin yang mampu menyatukan, menenangkan keadaan dan membina semula kekuatan gabungan, berpaksikan prinsip serta matlamat lebih besar daripada kepentingan mana-mana parti. Katanya, landskap politik sudah berubah dan PN memerlukan semula  kepemimpinan yang mampu menarik sokongan rakyat lebih luas, bukan hanya penyokong tegar parti tetapi juga golongan Melayu moderat, pengundi atas…

Read More

“Mari kita duduk berbincang”

BEIRUT – Presiden Lubnan, Joseph Aoun membuat rayuan langsung kepada pemerintah dan rakyat Israel supaya kembali ke meja rundingan bukannya penyelesaian ketenteraan yang tidak akan menjamin keselamatan. “Jika anda bersedia, mari kita duduk dan berbincang,” kata Aoun, dalam wawancara bersama CNN sambil menambah Lubnan bersedia dan komited untuk mencapai penyelesaian damai.  Kerajaan Lubnan ketika ini sedang mengadakan rundingan langsung dengan Israel yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat sebagai perantara untuk mencapai gencatan senjata penuh, walaupun usaha itu ditentang pasukan pejuang Hezbollah yang masih bertempur dengan tentera Israel di selatan Lubnan. Aoun…

Read More