Flat haram: MPKj keluar notis, arahan

KAJANG 09 Jun  – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjalankan operasi penguatkuasaan dengan agensi kerajaan berkaitan berhubung binaan haram di Sungai Makau, Hulu Langat yang tular melalui video.

Menerusi operasi itu, MPKj telah mengeluarkan notis beserta arahan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Lawatan di kawasan aduan juga telah disertai oleh pihak MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta MPKj akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang diputuskan,”  kata MPKj dalam satu kenyataan.

Related posts

Leave a Comment