KANGAR 23 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibubarkan sekiranya enam wakil rakyat Pas mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dalam sidang DUN yang dijadual pada 3 hingga 5 Jun ini. Abu Bakar berkata, beliau tidak mempunyai pilihan dan menunggu sebarang tindakan dari wakil rakyat Pas tersebut jika berhasrat berbuat demikian. Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis tertubuh selepas peralihan kuasa di peringkat kerajaan negeri, yang mana Raja Perlis turut mengamanahkan agar dipertahankan kerajaan tersebut selepas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar. “Namun sekiranya…
Read MoreMonth: May 2026
Berita pilihan…
Lubnan terus dibedil Israel
BEIRUT – Israel melancarkan siri serangan udara baharu di Lubnan dengan menyasarkan kawasan berhampiran sempadan Syria, selepas serangan terdahulu mengorbankan 10 mangsa termasuk enam anggota penyelamat dan seorang kanak-kanak. Menurut kenyataan kerajaan, ‘enam mangsa syahid’, termasuk dua anggota penyelamat persatuan Risala Scouts serta seorang kanak-kanak perempuan warga Syria dalam serangan ke atas kampung Deir Qanun al-Nahr berhampiran bandar Tyre. Selain itu, katanya, serangan terdahulu di bandar Hanaway, selatan Lubnan semalam, mengorbankan empat anggota penyelamat Jawatankuasa Kesihatan Islam. National News Agency pula melaporkan lima serangan udara rejim Zionis dilancarkan di pergunungan…
Read MoreIndonesia hantar kontinjen baharu ke Lubnan
JAKARTA – Satu kontinjen baharu seramai 744 anggota tentera Indonesia dikerahkan untuk berkhidmat dalam misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan [UNIFIL]. Panglima Tentera Indonesia (TNI), Jeneral Agus Subiyanto berkata, majlis pelepasan Pasukan Petugas Kontinjen Garuda Indonesia (Konga) UNIFIL 2026 diadakan di Markas TNI di Jakarta Timur pada Khamis. “Kehormatan negara terletak pada bahu semua tentera. Jalankan tugas anda dengan disiplin, profesionalisme dan dedikasi yang tinggi,” tulisnya pada akaun Instagram rasminya. Kontinjen baharu itu adalah untuk menggantikan kumpulan yang sedang berkhidmat di Lubnan. Ia terdiri daripada 571 anggota Tentera Darat,…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 23.05.2026
BERSAMA tidak sertai gabungan parti
KUALA LUMPUR 22 Mei – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) tidak akan menyertai mana-mana gabungan parti ketika ini dan akan bertanding di kawasan-kawasan PKR serta parti PH yang lain, malah BN dan juga PAS-PN. Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengambil alih dan menerajui BERSAMA dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, BERSAMA ingin memastikan alternatif untuk pengundi. Nik Nazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, BERSAMA bertekad untuk mengubah landskap politik negara, mengakhiri dominasi politik lama, dan menolak kompromi semata-mata untuk kuasa. “Daripada pengumuman penyertaan…
Read MoreMB Johor dakwa ‘diintip’’
JOHOR BAHRU 22 Mei – Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab. Katanya, beliau menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau ‘mercenary spyware’ terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadinya. “Saya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru beliau akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia…
Read MorePas minta semua kekal tenang
SEPANG 22 Mei – Pas meminta semua pimpinan dan ahlinya tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan berhubung perkembangan terkini membabitkan hubungan parti itu dengan pihak lain, melainkan dengan kebenaran khas parti. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan berkata peringatan itu membabitkan kenyataan mahupun ulasan dalam mana-mana saluran media atau komunikasi. Pada masa sama, beliau meminta semua pihak kekal tenang, dan menyerahkan perkara seumpama ini kepada Presiden dan kepemimpinan parti yang akan menguruskannya dengan cermat dalam masa terdekat. Terdahulu pada sidang media hari ini, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, menegaskan…
Read MorePas nilai semula kerjasama dengan Bersatu
Pas nilai semula kerjasama dengan Bersatu MARANG 22 Mei – Pas akan menilai semula kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) berikutan satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, tindak tanduk Bersatu itu melibatkan semangat setiakawan dalam menghadapi krisis termasuk di Perlis dan Negeri Sembilan serta desakan memecat Exco Bersatu di Kedah. Katanya, di samping itu tindakan Bersatu menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem…
Read More