MINA – Jemaah haji menunaikan Tawaf Ifadah di Masjidilharam semalam (Rabu) selepas selesai wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melaksanakan ibadah melontar di Jamratul Aqabah.
Jemaah haji akan meneruskan baki ibadah mereka di Mina pada Hari-Hari Tashriq untuk melontar di ketiga-tiga Jamrat dan akan mengakhiri ibadah Haji dengan Tawaf Widak (Tawaf Selamat Tinggal) sebelum bertolak meninggalkan Mekah.
Sementara itu, Syarikat Kereta Api Arab Saudi (SAR) menyempurnakan perjalanan keempat Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah, menyaksikan penghantaran jemaah haji dari Muzdalifah ke Mina pada 9 pagi Rabu.
SAR memaklumkan bahawa lebih 357,000 penumpang dibawa dalam perjalanan kali ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bagi keempat-empat fasa perjalanan meningkat kepada melebihi 961,000 orang.
Perjalanan kelima pula bermula pada 9 pagi dan dijadualkan berterusan sehingga 6 petang pada 13 Zulhijjah.
Menurut SAR, pelan operasinya bagi Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah merangkumi lebih 2,000 perjalanan, yang dijangka memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta jemaah sepanjang musim Haji ini.
