28 maut, 42 cedera akibat serangan Israel

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 42 yang lain cedera susulan serangan Israel di selatan, tengah dan timur Lubnan pada Khamis susulan pelanggaran berterusan perjanjian gencatan senjata.

Serangan itu melibatkan 95 serangan udara dan sembilan operasi bedilan artileri yang menyasarkan kawasan kejiranan, kawasan komersial dan jalan utama di beberapa daerah di seluruh negara.

Antara yang menjadi mangsa termasuk enam kanak-kanak, lima wanita, dua anggota tentera Lubnan serta sebuah keluarga yang disasarkan ketika cuba melarikan diri daripada keganasan di selatan Lubnan.

Serangan intensif Israel di daerah Nabatieh menyasarkan kawasan kediaman dan komersial di bandar Nabatieh serta bandar berhampiran, memusnahkan beberapa bangunan dan sebuah masjid berhampiran pusat Palang Merah Lubnan.

Sementara di daerah Sidon, serangan ke atas sebuah kenderaan yang dinaiki keluarga yang cuba melarikan diri di Lebuhraya Adloun mengorbankan enam orang, termasuk dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka.

Serangan juga berlaku di sebuah apartmen di bangunan kediaman bertingkat di kawasan Qiyaa, Sidon, mengorbankan lima orang serta serangan di daerah Tyre, dan di Choueifat berhampiran pinggir bandar selatan Beirut.

Nn

Related posts

Leave a Comment