163 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Dis. – Arab Saudi merekodkan 163 kes positif jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 362,066.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan lapan lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,176 kematian.

Bagi tempoh yang sama, Kementerian mencatatkan 189 orang pesakit sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah pesakit pulih 353,004 atau 97.48 peratus kes.

Daripada 163 kes baharu itu Riyadh merekodkan 39 kes, Makkah 34 dan Madinah r

21 dan wilayah Timur 19.

Kes aktif pula adalah 2,886 di mana 383 kritikal.

Related posts

Leave a Comment