SEPANG 25 Mei – Bekas Pengerusi Bersatu Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa lebih 200,000 ahli parti itu sudah keluar atau dijangka meninggalkan Bersatu untuk menyertai ‘Reset’ yang dipimpin Hamzah Zainudin. Beliau mendakwa penghijrahan besar-besaran ahli berlaku disebabkan budaya dalaman parti yang semakin mengecewakan akar umbi sekaligus menafikan dakwaan bahawa Hamzah menjadi punca perpecahan dalam parti berkenaan. Bekas Ketua Menteri Melaka itu menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa, ahli akan mula membenci apabila sesebuah parti politik mula beroperasi seperti syarikat sendirian berhad dalam mengambil tindakan. Ini termasuk memilih bulu dalam tindakan…
Read MoreDay: May 25, 2026
Kekal bertanding solo di Johor tidak janggal
KUALA LUMPUR 25 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk kekal bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, bukan perkara janggal. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang menegaskan pendirian itu berkata, kerajaan negeri Johor ketika ini adalah 100 peratus BN, bukannya kerajaan gabungan seperti di beberapa negeri lain. “Dari segi kerajaan negeri Johor, ini adalah kerajaan 100 peratus BN… tiada istilah gabungan seperti disebut sebelum ini, (manakala) PN dan PH adalah pengimbang. Jadi bila kita…
Read MoreBerita pilihan…
Jaminan Iran tidak bina senjata nuklear
ISTANBUL – Presiden Masoud Pezeshkian memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa yang ia tidak membangunkan senjata nuklear atau mencetuskan ketidakstabilan di rantau itu. Beliau berkata, sejurus sebelum Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, syahid, Iran sudah memberi jaminan kepada dunia bahawa negara itu tidak menghasilkan senjata nuklear. “Sebaliknya, Tel Aviv yang mencetuskan ketidakstabilan serantau,” katanya sambil menuduh Israel mengamalkan agenda “Greater Israel. “Perunding Iran tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap “maruah dan kehormatan” negara itu, “ tegas Pezeshkian. Kenyataan beliau dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata perjanjian dengan…
Read MoreRundingan Iran-AS teratur dan membina
ISTANBUL – Rundingan dengan Iran berjalan secara teratur dan membina tetapi Amerika Syarikat (AS) menegaskan sekatan akan kekal dilaksanakan sehingga perjanjian akhir dicapai, kata Presiden Donald Trump. Menerusi hantaran di platform media sosialnya, Truth Social, Trump berkata sekatan akan terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga satu perjanjian dicapai, disahkan dan ditandatangani. “Kedua-dua pihak perlu mengambil masa secukupnya dan memastikan ia dilakukan dengan betul. Tiada ruang untuk kesilapan!” kata Trump. Beliau turut berkata hubungan AS-Iran menjadi “lebih profesional dan produktif”, namun memberi amaran bahawa Tehran tidak boleh membangunkan atau memperoleh senjata nuklear.…
Read More