MB Johor dakwa ‘diintip’’

JOHOR BAHRU 22 Mei – Menteri Besar Johor,  Onn Hafiz Ghazi mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, beliau menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau ‘mercenary spyware’ terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadinya.

“Saya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

“Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang pencerobohan dan penyalahgunaan teknologi yang boleh mengancam keselamatan serta hak peribadi individu,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment