BERSAMA tidak sertai gabungan parti

KUALA LUMPUR 22 Mei – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) tidak akan menyertai mana-mana gabungan parti ketika ini dan akan bertanding di kawasan-kawasan PKR serta parti PH yang lain, malah BN dan juga PAS-PN.

Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengambil alih dan menerajui BERSAMA dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, BERSAMA ingin memastikan alternatif untuk pengundi.

Nik Nazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, BERSAMA bertekad untuk mengubah landskap politik negara,  mengakhiri dominasi politik lama, dan menolak kompromi semata-mata untuk kuasa.

“Daripada pengumuman penyertaan kami ke BERSAMA, kami mengumumkan BERSAMA hendak mengubah landskap politik,” katanya dalam hantaran melalui platform X, hari ini.

Pada Ahad lalu, Rafizi berserta Nik Nazmi mengumumkan keluar PKR dan mengambil alih BERSAMAyang ditubuhkan pada 2016.

Simbolik penyerahan parti itu dibuat pada majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin terbabit, selepas mereka dilihat agak disisihkan PKR sejak setahun lalu selepas gagal mempertahankan jawatan masing-masing.

Isnin lalu lalu, Rafizi dan Nik Nazmi menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, untuk memaklumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan serta Setiawangsa.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment