BERSAMA tidak sertai gabungan parti

KUALA LUMPUR 22 Mei – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) tidak akan menyertai mana-mana gabungan parti ketika ini dan akan bertanding di kawasan-kawasan PKR serta parti PH yang lain, malah BN dan juga PAS-PN. Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengambil alih dan menerajui BERSAMA dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, BERSAMA ingin memastikan alternatif untuk pengundi. Nik Nazmi yang juga bekas Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, BERSAMA bertekad untuk mengubah landskap politik negara,  mengakhiri dominasi politik lama, dan menolak kompromi semata-mata untuk kuasa. “Daripada pengumuman penyertaan…

Read More

MB Johor dakwa ‘diintip’’

JOHOR BAHRU 22 Mei – Menteri Besar Johor,  Onn Hafiz Ghazi mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab. Katanya, beliau menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau ‘mercenary spyware’ terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadinya. “Saya memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru beliau akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia…

Read More

Pas minta semua kekal tenang

SEPANG 22 Mei – Pas meminta semua pimpinan dan ahlinya tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan berhubung perkembangan terkini membabitkan hubungan parti itu dengan pihak lain, melainkan dengan kebenaran khas parti. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan berkata peringatan itu membabitkan kenyataan mahupun ulasan dalam mana-mana saluran media atau komunikasi. Pada masa sama, beliau meminta semua pihak kekal tenang, dan menyerahkan perkara seumpama ini kepada Presiden dan kepemimpinan parti yang akan menguruskannya dengan cermat dalam masa terdekat. Terdahulu pada sidang media hari ini, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, menegaskan…

Read More

Pas nilai semula kerjasama dengan Bersatu

Pas nilai semula kerjasama dengan Bersatu MARANG 22 Mei  – Pas akan menilai semula kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) berikutan satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, tindak tanduk Bersatu itu melibatkan semangat setiakawan dalam menghadapi krisis termasuk di Perlis dan Negeri Sembilan serta desakan memecat Exco Bersatu di Kedah. Katanya, di samping itu tindakan Bersatu menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem…

Read More

Kenakan sekatan hak asasi menteri Israel

BRUSSELS – Dua puluh sembilan anggota Parlimen Eropah (MEP) menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir dan pihak lain yang bertanggungjawab terhadap penderaan aktivis flotila Gaza. Anggota MEP dari Itali, Danilo Della Valle berkata, mereka menghantar surat kepada Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa bagi menggesa pengaktifan rejim sekatan hak asasi manusia global EU. Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Della Valle berkata, aktivis pertama daripada flotila yang pulang ke tanah air melaporkan insiden amat serius termasuk dipamerkan kepada umum dalam…

Read More

AS ulangi hasrat ambil uranium Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengulangi hasrat Washington untuk mengambil alih simpanan uranium diperkaya tinggi milik Iran bagi program nuklearnya. Bercakap kepada media di White House, Trump berkata, langkah itu penting bagi memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear. “Kami akan pastikan mereka tidak mempunyai senjata nuklear atau kami terpaksa mengambil tindakan yang sangat drastik. Saya percaya rakyat Amerika akan bersetuju kita tidak boleh membenarkan Iran memiliki senjata nuklear,” katanya. Ditanya sama ada Iran boleh mengekalkan simpanan uranium diperkaya tinggi, Trump menjawab dengan tegas bahawa Amerika…

Read More