Selangor terus mendahului kes harian

PUTRAJAYA 22 Mei – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dalam catatan kes harian tertinggi apabila merekodkan 1,647 kes, turun sedikit berbanding 2,163 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 165,394 kes.

Dengan angka itu, Selangor satu-satunya negeri yang terus kekal merekodkan lebih 1,000 kes jangkitan harian dan jumlah keseluruhan pula melepasi 100,000 kes.

Ini diikuti Sarawak dengan 749 kes dan kumulatif 41,620, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 654 dengan kumulatifnya 53,192, dan Kelantan 613 dengan kumulatif 21,920.

Sabah berada di kedudukan kedua jumlah kumulatif dengan 60,242 kes.

Related posts

Leave a Comment