14 ADUN BN N9 tarik sokongan terhadap MB

SEREMBAN 27 April – Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat susulan krisis yang disifatkan boleh menjejaskan pentadbiran negeri serta mengambil kira kepentingan rakyat serta negeri secara keseluruhan. “Krisis yang berlaku ini dilihat bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan secara tidak langsung memberi kesan mendalam terhadap kestabilan serta kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang media khas di Wisma…

Read More

Tubuh jawatankuasa khas pendamai

SEREMBAN 27 April – Sebuah jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan Negeri Sembilan yang sedang berlaku, kata Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Jalaluddin Alias. Katanya, jawatankuasa itu perlu dianggotai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) dan tidak menyebelahi mana-mana pihak bagi mencari penyelesaian. Sambil menegaskan pendirian UMNO untuk mempertahankan institusi adat dan UUTKNS, beliau berkata, krisis adat yang berlaku ketika ini dilihat berada pada tahap serius dan perlu diselesaikan segera. “Ia demi kebaikan semua pihak dan kita tidak…

Read More

Trump sifatkan suspek lelaki yang agak sakit

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan suspek yang didakwa cuba menyerang pegawai pentadbirannya di satu majlis gala berpakaian rasmi pada malam Sabtu sebagai “lelaki yang agak sakit”. Menurut Trump, individu itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ahli keluarganya sendiri. Presiden Amerika Syarikat (AS) itu dalam wawancara televisyen berkata, suspek yang dikenal pasti oleh seorang pegawai sebagai Cole Tomas Allen, 31, dari Torrance, California, telah menyiarkan apa yang disifatkannya sebagai manifesto “anti-Kristian”. “Dia seorang Kristian, seorang yang percaya, kemudian dia menjadi anti-Kristian, dan dia melalui banyak perubahan,” kata Trump kepada…

Read More

Dua bekas PM mahu singkir Netanyahu

BAITULMAQDIS – Bekas perdana menteri Israel, Naftali Bennett dan ketua pembangkang, Yair Lapid ‘bersatu’ dan menubuhkan parti Beyahad (Bersama)  dalam usaha menyingkirkan Benjamin Netanyahu. Bennett mengumumkan mereka akan bertanding menggunakan senarai bersama dalam pilihan raya tahun ini. Netanyahu 76, pemimpin parti sayap kanan Likud merancang untuk mengetuai parti  dalam pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada akhir Oktober. menteri paling lama berkhidmat di Israel, dengan lebih 18 tahun keseluruhan tempoh memegang jawatan melalui beberapa penggal berbeza “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa malam ini, bersama sahabat saya Yair Lapid, saya…

Read More

Bertindak terhadap imej hina Sultan Selangor

SEPANG 26 April  – Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor mengecam dan akan membuat laporan polis berhubung tindakan durjana pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting serta menyebarkan imej penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengerusinya Megat Zulkarnain Omardin berkata, perbuatan jijik itu bukan sekadar menghina peribadi Baginda, malah penghinaan terbuka terhadap institusi Kesultanan Selangor, lambang kedaulatan negeri, payung rakyat serta tonggak keharmonian yang wajib dipertahankan. “Tindakan biadab seperti ini jelas menunjukkan sikap melampau, tidak bertamadun dan tidak menghormati undang-undang, adat serta tatasusila rakyat Malaysia. UMNO Selangor menegaskan bahawa mana-mana pihak…

Read More

Azmin dinamakan Pengerusi PN Selangor

SHAH ALAM 26 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menamakan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Pengerusi Parikatan Nasional (PN) Selangor. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menghantar surat berhubung perkara tersebut kepada kepemimpinan tertinggi gabungan tersebut namun keputusan muktamad masih belum diumumkan. “Kita telah hantar surat (berhubung cadangan pelantikan tersebut) kepada Pengerusi PN. Bagi saya untuk Selangor, nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah kami cadangkan. Tidak ada nama lain lagi,” katanya. Pada Disember tahun lalu, Mohamed Azmin mengikuti jejak…

Read More

Pesanan Daud Che Ngah kepada jemaah haji

SEPANG 26 April – Fokus kepada ibadah! Ikut panduan yang ditetapkan. Itu pesanan Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia)  Md. Daud Che Ngah kepada jemaah haji pada musim ini. Md Daud yang berpengalaman luas dalam pengendalian haji dan umrah selama 50 tahun mengingatkan jemaah supaya memastikan peluang sekali menunaikan haji itu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya ibadah itu benar-benar sah. “Ingat haji itu sekali sahaja, jangan mengharapkan nak ulang seperti melakukan umrah. Buat betul-betul, ikut apa yang telah ditunjuk ajar, berpegang kepada apa yang boleh dan apa yang…

Read More

Putra mohon sertai PN

SEPANG 26 April – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengemukakan permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini dianggotai oleh Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP. Setiausaha Agung Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, surat permohonan ini tekah dihantar kepada Pengerusi PN,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Jumaat lalu (24 April) melalui Setiausaha Agung PN  Takiyuddin Hassan. Putra diasaskan oleh Dr. Ibrahim Ali pada 17 Ogos 2018 dan pendaftarannya  disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 8 Mei 2019. Nasrul Ali Hasan dalam kenyataan, berkata, surat yang sama turut dihantar kepada…

Read More